HP telah melancarkan beberapa produk baru termasuk sebuak komputer semua-dalam-satu yang baru beserta beberapa monitor baru yang memberikan consumer dan juga para professional reka bentuk, prestasi dan kesenangan semasa berada di hadapan komputer.
HP Omni PC ialah komputer semua-dalam-satu pertama dari HP yang menggunakan paparan sebesar 27 inci dan juga komputer bukan sentuh pertama yang memamparkan perisian Magic Canvas ekslusif dari HP yang memperkayakan pengalaman pengkomputeran anda. HP Compaq L2311c Notebook Docking Monitor pula direka untuk digunakan dengan komputer riba anda dengan sambungan USB-nya yang menukarkan komputer riba kepada komputer desktop yang lengkap. HP LV1911 and LV2011 LED Backlit LCD Monitor pula memberikan pengguna opsyen untuk memiliki paparan saiz besar dengan harga yang berpatutan.
HP Omni PC memaparkan teknologi-teknologi seperti Beat's Audio, storan sehingga 2 Terabyte, HP LinkUp Technology yang membolehkan komputer riba disambung ke HP Omni PC dengan senang untuk mengakses informasi untuk diedit, dan juga pemacu Blu-ray untuk menjadikan ia produk multimedia yang lengkap. HP Omni PC juga akan memaparkan prosessor berbilang teras, dan juga cip grafik HD untuk pengalaman yang luar dari biasa.
HP Compaq L2311c Notebook Docking Monitor — sesuai untuk situasi dimana meja dikongsi dengan orang lain, membolehkan sesiapa sahaja dengan komputer riba menggunakan paparan saiz besar di meja mereka. Paparan ini juga mempunyai Ethernet, SuperSpeed USB 3.0 dan USB 2.0 terbina dalam dan boleh diakses dengan menggunakan satu kabel USB sahaja. HP LV1911 dan LV2011 LED Backlit LCD Monitor pula adalah paparan yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang ingin menambahkan paparan ke meja mereka — di pejabat mahupun di rumah. Dengan rekabentuk yang nipis, menggunakan LED untuk mengurangkan penggunaan kuasa dan juga nisbah kontrast dinamik 3,000,000:1, paparan-paparan ini sesuai untuk kegunaan sesiapa sahaja.
HP Omni PC Semua-dalam-Satu dijangkakan akan berada di pasaran Malaysia dari Mac dengan harga pengenalan dari RM3888. HP Compaq L2311c juga dijangkakan akan berada di pasaran dari Mac dengan harga permulaan RM1299. HP LV1911 dan LV2011 dijangkakan akan berada di pasaran pada masa yang sama dengan harda RM399 dan RM499, membuatkannya amat murah untuk dimiliki.
By 
