Konsep Baru TV Panasonic – Smart dan Eco tumpuan 2012

(dari kiri) Harry Sasaki; Kuniyuki Matsui, Pengarah Urusan Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd; …

Panasonic Malaysia telah memperkenalkan konsep terbaru untuk TV panel nipis mereka, menggunakan konsep Smart yang melambangkan TV menjadi semakin pintar. Konsep Smart disasarkan untuk model VIERA Plasma, LED dan LCD Panasonic untuk tahun 2012.

"Konsep Smart dan Eco adalah arah tuju pemasaran kami untuk tahun 2012. Kedua-dua konsep ini melambangkan teknologi dan fungsi di dalam rangkaian produk kami yang akan memikat hati pengguna. Konsep Smart untuk TV kami akan menumpukan kepada lima perkara utama — kualiti gambar, mudah untuk digunakan, internet, eco dan rekabentuk," kata Hiroyoshi Suga, Pengarah Urusan Pemasaran Konsumer Panasonic Asia Pasifik.

"Siri model 2012 kami memaparkan teknologi Smart Viera kami yang kami bina dalam sesetengah model yang mempunyai pelbagai aplikasi terbina-dalam, fungsi rangkaian yang dinaik-tarafkan, penggunaan mudah dengan telefon pintar, serta lebih banyak pilihan dalam saiz skrin untuk dipilih. Digabungkan dengan perkhidmatan awan kami, model-model baru ini akan menyemarakkan lagi kehendak pengguna TV kami, untuk menggunakan perkhidmatan TV berintergrasi terbaru kami. Main-balik 3D yang mengasyikkan, pengalaman 2D yang tiada bandingan, sambungan diantara peranti, kandungan dari web dan comunikasi dalam talian yang anda boleh nikmati kesemuanya, dari ruang tamu anda," kata Jeff Lee, Pengarah Urusan, Panasonic Malaysia.

"Sasaran kami ialah untuk menjadi nombor satu untuk pasaran TV bersaiz 46 inci dan keatas dari segi jualan, dan uga mewarwarkan lagi TV LED baru kami. Kami mensasarkan untuk menjana pertumbuhan jualan sebanyak 3% secara keseluruhan dengan model-model baru kami," kata Harry Sasaki, Pengarah Pemasaran, Panasonic Malaysia.

Kesemua TV yang dilancarkan akan berada di pasaran dalam masa terdekat.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.