KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul,
Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.
Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia,
kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di
situ.
"Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian
pencerobohan di Lahad Datu.
"Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam
kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi
10 orang," katanya.
Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan
tercedera.
-- LAGI
CEROBOH-SEMPORNA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sementara itu di LAHAD DATU, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib
berkata dua anggota polis cedera dalam kejadian tersebut.
Hamza bagaimanapun menafikan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna diserang dan
berkata keadaan di Semporna terkawal serta tidak ada perintah berkurung
dilaksanakan.
Menurut Hamza setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kejadian
tembakan itu dan polis masih menyiasat suspek yang bertanggungjawab.
--BERNAMA
NAK2 RV NAM NM

