Dimensi: 305mm x 244mm
Set Cip: Intel X79 Chipset
Memori: 8 x DIMM, Max 64GB DDR3
Sambungan: 2 x PCIe 3.0 x16 (dual x16 mode), 1 x PCIe 3.0 x16 (x8 mode), 2 x PCIe 2.0 x1, 1 x PCI
Port: 4 x SATA 6Gb/s, 4 x SATA3Gb/s, 1 x PowereSATA 6GB/s, 1 x eSATA 6Gb/s, Dual LAN 10/100/1000 Fash Ethernet, 6 x USB 3.0, 14 x USB 2.0.
Nilai: 9/10
Ciri-ciri: 10/10
Prestasi: 10/10
Rekaan: 10/10
Penggunaan: 10/10
Hasil Ujian: Sedia pindah ke X79 dengan gaya baru ASUS Sabertooth.
Sebab Majalah Tech Sukakannya: Kesemuanya!
Skor: 9.8/10 (CEMERLANG)
Teknologi adalah pemangkin bagi kemajuan manusia namun sepertimana ciptaan manusia yang lain, permintaan bagi kelainan akan mungkin melahirkan sesuatu yang hebat tanpa disangka — sangka. Apabila ASUS mula — mula mencipta Sabertooth bagi bagi papan induk X58, ramai peminat terkejut dengan rekaan yang amat jitu tapi menonjol dan apabila ASUS memperkenalkan pula versi 990FX, sudah menjadi pasti bahawa ia akan menjadi satu lagenda. Dan pada suku pertama tahun ini, ASUS memperkenalkan pula Sabertooth X79 yang sedia PCIe 3.0 dan menyokong empat GPU menggunakan Crossfire atau SLI. Papan induk soket LGA2011 ini menggunakan set cip Intel X79
Sama seperti yang sebelumnya, rekaan ranggi ASUS Sabertooth X79 datang dengan komponen yang diiktiraf tentera seperti "choke", "cap", MOSFET dan pelbagai lagi ciri — ciri yang menarik seperti rekaan The Ultimate Force (TUF) yang memberikan stabiliti kepada Sabertooth bersama dengan tahan lasak dan juga kompatibaliti yang tinggi. TUF Thermal Armor dipadankan pula dengan rekaan tersendiri anti haba TUF dengan dua kipas Turbo engine dan juga satu aplikasi menarik bernama Thermal Rada bagi kawalan masa betul dan juga kawalan automatik kipas bagi memastikan kestabilan pada tempat — tempat kritikal papan induk. Ini ditambah lagi dengan DIGI+ Power Control bagi CPU dan juga DRAM untuk menyokong arkitektur empat teras 8 DIMM bersama dengan EUFI BIOS yang mempunyai GUI. Ia dapat menyokong peranti cakera bersaiz lebih dari 2.2TB di dalam sistem operasi 64 bit
Bukan itu saja! ASUS juga menambah beberapa fungsi seperti ASUS SSD caching bagi 3 kali kelajuan "cache", USB BIOS Flashback, USB 3.0 Boost sehingga 170% lebih kelajuan transmisi data, MemOK! Dan juga Electrostatic Discharge (ESD) Guards yang melindungi papan induk dari elektrik statik.
Sabertooth diuji dengan pemproses Intel Sandy Bridge E Core i7 3960X, kad grafik ASUS Radeon HD7970 3GB GDDR5, RAM Corsair Dominator GTX8 16GB dan juga SSD intel 300GB 320 Series yang telah mempunyai sistem operasi Windows 7 Ultimate bersama dengan PCMark 7 dan 3DMark 11. Kombinasi peranti — peranti ini memberikan markah prestasi 5,963 secara lalai pada PCMark 7 dan 6261 jika pemproses di"overclock" ke 4.8GHz. Pada 3DMark 11 pula, ia mencapai 6942 pada lalai dan 7319 selepas overclock dilakukan. Seterusnya name TUF diuji dan dan ia betul — betul terbukti dengan suhu CPU hanya 18°C pada lalai dan 47°C pada guna. Suhu mencapai 30°C (lalai) dan 73°C (guna) jika overclock
By 
