Margaret (dua dari kanan) dengan Velociraptors yang baru
Western Digital, telah mengumumkan cakera keras WD VelociRaptor 1TB terbaru, yang menggunakan kelajuan 10,000RPM, kini berada di pasaran sekarang. Direka untuk kegunaan komputer yang memerlukan kapasiti dan prestasi tinggi, WD Velociraptor ialah kemuncak di kalangan mereka yang terlibat di dalam bidang kreatif, dan juga pengguna yang inginkan prestasi tinggi. Cakera keras ini akan datang di dalam saiz 1TB, 500GB dan 250GB.
"WD sememangnyak komited untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami yang memerlukan prestasi terunggul, kualiti yang boleh dipercayai dan produk yang berinnovasi. WD Velociraptor memenuhi kesemua kehendak tersebut. Cakera keras ini menggabungkan kelajuan dan jumlah storan yang tinggi untuk pengguna yang memerlukannya," kata Margaret Koh, Pengarah Jualan WD, Asia Selatan.
Menggunakan teknologi yang dipinjam dari produk professional mereka, perkakasan yang digunakan di dalam WD Velociraptor boleh bertahan untuk digunakan setiap hari, 24 jam dan tujuh hari seminggu. WD Velociraptor sesuai untuk mereka yang sentiasa memerlukan kebolehan untuk menyunting fail-fail besar seperti fail video, dan juga menghasilkan objek-objek 3D - yang sememangnya memerlukan cakera keras berprestasi tinggi. Kebolehan WD Velociraptor untuk menulis dan membaca balik data-data dengan kelajuan yang tinggi membuatkannya amat sesuai untuk professional di dalam bidang kreatif sertapenggemar yang sentiasa ingin mendapatkan kelajuan sepenuhnya daripada komputer yang dibina mereka, disambil meningkatkan jumlah storan yang boleh diakses oleh mereka.
WD Velociraptor dijamin selama lima tahun, dan kini berada di pasaran dari harga RM1099 untuk 1TB, RM699 untuk 500GB dan RM549 untuk 250GB.
By 