Sony Xperia S
Dimensi: 128 x 64 x 10.6 mm
CPU: Dual Core1.5 GHz
Storan: 32GB (dalaman sahaja)
Sambungan: MicroUSB, MicroHDMI
Kamera: 12 Megapiksel denganLED Flash
Nilai: 9/10
Ciri-ciri: 9/10
Prestasi: 10/10
Rekabentuk : 9/10
Penggunaan: 9 /10
Hasil Ujian: Prestai memberangsangkan dari Sony. Selamat Kembali!
Sebab MT sukakannya: Laju, Putih dan Cepat!
Markah: 9.2/10
Setelah Sony membeli bahagian Ericsson di dalam Sony Ericsson, mereka telah menamakan syarikat tersebut sebagai Sony Mobile Communications. Kini semua telefon pintar mereka akan menggunakan nama SONY sahaja. Telefon yang kita akan lihat pada hari ini adalah yang pertama daripada syarikat ini, Xperia S.
Dari sudut rekabentuk, ini adalah telefon pertama yang menggunakan rekabentuk NXT dari Sony. Ia memaparkan skrin sebesar 4.3 inci yang tampak besar, dan mempunyai jumlah piksel yang sama seperti iPhone 4! Jadi apa yang anda buat di telefon ini akan Nampak menarik., lancar dan amat jelas sekali. Xperia S juga mempunyai badan yang lengkung di belakang agar senang dibawa dan dipegang di dalam tangan. Yang kami paling suka — kemasan yang digunakan oleh Sony untuk telefon ini bukan jenis yang licin. Terima kasih Sony!
Kalau nak dilihat, Xperia S memang penuh dengan opsyen-opsyen untuk anda melakukan apa sahaja dengan telefon ini. Sambungan GSM/HSDPA untuk kegunaan anda semasa anda merantau di luar Negara, sambungan HDMI untuk masa-masa yang anda perlukan skrin besar untuk berkongsi sesuatu — atau melihat wayang di dalam telefon ini, microUSB sebagai sambungan ke komputer dan juga Bluetooth tatkala anda perlu memindahkan fail dari storan 32GB di dalam telefon ini ke telefon lain/komputer anda.
Yang membezakan Xperia S (dan juga keluarga NXT) dari telefon yang lain ialah penggunaan plastik lutsinar di bahagian bawah telefon ini. Ianya bukan sahaja untuk nampak lawa, ianya berfungsi sebagai LED notifikasi untuk telefon anda. Jadi jika anda mendapat panggilan ataupun mesej. Keseluruhan plastik lutsinar itu akan menyala. Lebih mengagumkan lagi — bahagian ini juga adalah antena untuk telefon ini! Jikalau anda berpeluang untuk memegang telefon ini, lihat dengan teliti bahagian lutsinar itu. Anda akan melihat jaringan mikro — ini adalah antena untuk telefon ini.
Kami membuka telefon ini — dan dengan serta merta kami hampa. Ianya datang dengan sistem operasi Android versi Gingerbread, bukannya Ice Cream Sandwich. Kami sangkakan telefon baru dari Sony akan menggunakan ICS. Akan tetapi Sony telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan aplikasi untuk menaiktaraf telefon ini ke ICS dalam masa terdekat ini.
Nipis dengan kamera berkualiti di belakang
Penggunaan Xperia S cukup memuaskan. Aplikasi yang kami jalankan rasa laju, skrin dengan teknologi WhiteMagic terang dan jelas, dan melayar web terasa pantas — kesemua ini boleh terjadi kerana telefon ini dating dengan prosessor dwi teras selaju 1.5 GHz. Kami menjalankan aplikasi ujian Quadrant, dan kami mendapat 2649 markah. Lebih laju daripada Galaxy Nexus.
Yang kami tak suka ialah cara anda mengakses SIM anda. Sony menggunakan plat belakang yang boleh dicabut — yang kami rasakan terlalu membazir kerana bateri telefon ini tidak boleh dicabut — jadi kenapa plat belakang boleh dibuka?
By 

