Malaysia Elections 2013

LANUN SOMALIA: PERBICARAAN BERMULA ESOK

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Perbicaraan kes tujuh warga Somalia yang

didakwa melepaskan tembakan terhadap komando Malaysia di Teluk Aden akan bermula

esok selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan salah seorang tertuduh

untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya.

Hakim Kamardin Hashim memutuskan Pejabat Peguam Negara mempunyai bidang

kuasa mengikut Seksyen 22 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk mendakwa pemohon,

seorang remaja berusia 16 tahun.

Beliau berkata surat untuk mendakwa pemohon yang dikeluarkan Peguam Negara

adalah sah kerana ia dikeluarkan selaras dengan Seksyen 127A(1)(d) Kanun

Tatacara Jenayah.

Berhubung isu yang dibangkitkan peguam pemohon Edmund Bon mengenai fakta

yang dinyatakan di dalam pertuduhan, Kamardin berkata ia harus diputuskan

mahkamah di akhir perbicaraan.

Berikutan perkembangan itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas

memberitahu pemberita, pihak pendakwaan bercadang memanggil 100 saksi termasuk

kru kapal MT Bunga Laurel.

-- LAGI

MAHKAMAH-LANUN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Pada 5 Julai lalu, juvana itu memfailkan notis usul untuk mengetepikan

tuduhan itu, memohon mendapatkan perisytiharan bahawa Mahkamah Tinggi tidak

mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 3

Akta Senjata Api (Hukuman Lebih Berat) 1971.

Juvana itu, yang kini ditahan di Penjara Kajang bersama enam lagi warga

Somalia, juga memohon mendapatkan perintah mahkamah agar tuduhan terhadapnya

ditangguh untuk selama-lamanya dan/atau diketepikan untuk selama-lamanya

dan/atau ditolak.

Dalam afidavitnya, remaja berkenaan mendakwa kesalahan yang dikatakan

dilakukannya seperti yang terkandung dalam kertas pertuduhan, berlaku di luar

wilayah Malaysia dan bukan di bumi atau laut lepas Malaysia.

Dia juga mendakwa kapal yang disebut dalam pertuduhan itu bukan kapal

Malaysia atau didaftarkan di Malaysia.

Mereka menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Hukuman Lebih

Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 20 Jan 2011, komando Tentera Laut Diraja Malaysia menghulurkan bantuan

kepada MT Bunga Laurel apabila kapal itu diserang lanun Somalia bersenjatakan

rifel AK-47 dan pistol dalam operasi menyelamat diberi nama ''Fajar'' yang

dijalankan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

-- BERNAMA

SAN KHY HA KLS

MORE ELECTION STORIES

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

PARLIAMENT SEATS: FINAL TALLY

                                                   
PARLIAMENT
BNPROthers
   
133890
   
222 seats total, 112 to win, 148 for two-thirds