Advertisement

Lelaki tembak kedai alat ganti kereta di Butterworth

Polis Johor jumpa syarikat keselamatan susulan kejadian amuk

Seorang lelaki yang tidak dikenali melepaskan sekurang-kurangnya tiga das tembakan ke arah sebuah kedai menjual alat ganti kereta di Jalan Kampung Gajah, di Butterworth awal hari ini.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam memberhentikan kenderaannya berhampiran kedai itu dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pintu premis itu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Mohd Nasir Salleh, berkata siasatan awal mendapati lelaki yang melepaskan tembakan itu memakai topi keledar penuh bagi mengelak wajahnya dilihat.

"Siasatan awal polis menemui dua kelongsong peluru di luar kedai dan satu lagi di dalam kedai dipercayai menembusi pintu premis itu.

"Tiada sesiapa yang dilapor cedera dalam kejadian itu dan ketika kejadian tiada orang di dalam kedai itu," katanya.

Mohd Nasir berkata, polis masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan ia adalah cubaan mengugut pemilik kedai.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama, 5 Oktober, 2013.