Lembah Pantai: Mengapa PKR tak 'cekup' orang Umno?

Jika PKR begitu pasti yang Pemuda Umno yang melontar batu di majlis ceramah mereka Khamis lalu di Lembah Pantai, mengapa mereka tidak cekup ahli tersebut?

Itulah persoalan yang ditanya oleh Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai, Mohamad Sazali Kamilan (kanan).

Katanya, beliau difahamkan apabila seorang ahli (PKR) cedera terkena objek yang dibaling, seorang ahli Umno berbaju merah berada dalam khemah ceramah PKR membantu orang berkenaan.

Menurutnya, jika benar Pemuda Umno membaling objek tersebut, mengapa PKR tidak mencekup ahli Umno tersebut.

Katanya PKR tidak bertindak demikian pada malam tersebut, tetapi sebaliknya mengeluarkan "bukti video" yang menurutnya tidak "benar-benar menunjukkan dari mana objek yang mengenai hadirin kedua-dua belah pihak (PKR dan Umno), dibaling".

Sazali juga bertanya apakah bukti yang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ada bahawa Umno yang membaling objek itu dan mengakibatkan kecederaan.

Dari video tersebut, katanya, pihaknya tahu bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba menuduh Pemuda Umno membaling batu dan menghina mereka yang memanggil mereka sial dan celaka.

[Baca berita penuh]

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.