Limbo – Memang menyeramkan, sampai boleh sakit jantung!

Penerbit: Playdead
Pemaju: Playdead
Genre: Pengembaraan Sidescrolling
Spesifikasi: Windows XP/Vista/7, pemproses 2GHz atau lebih baik, 512MB RAM, 150MB ruang memori, DirectX 9.0c, kad grafik dengan Shader Model 3.0 atau lebih baik.
Untuk Xbox 360, PC dan PS3
Versi PC dikaji

Keputusan: Platformer indah yang melemahkan semangat, suasana alam sekitar yang menakutkan dengan teka-teki yang secara beransur-ansur menjadi sukar untuk menyelesaikan. Memang berbaloi harganya yang mahal.

Game misteri yang sangat best

Sesetengah permainan ingin menakut-nakutkan anda dengan melambakkan keganasan ultra-realistik, makhluk ngeri dari usus neraka dan kanak-kanak pembunuh psikik menyeramkan secara liberal. Limbo menakutkan anda tanpa perlu menggunakan sebarang unsur keganasan foto realistik langsung.

Watak anda di dalam Limbo adalah sebagai seorang budak lelaki tak bernama yang terjaga di tengah-tengah hutan, dengan satu-satunya niat untuk mencari adik perempuannya yang hilang. Dari saat anda memulakan permainan hingga ke akhirnya, anda disambut dengan landskap yang mistik dan ngeri dengan semua yang digambarkan dalam warna hitam dan putih. Perkara pertama yang anda sedar adalah tidak ada sebarang muzik later - semua yang anda dengar adalah bunyi ambien dari keriang-keriut lantai ke jentera yang mengerang dan ini menghasilkan suasana yang menyeramkan.

Alamak. Tingginya.

Peringkat awal menyerupai hutan kelam manakala peringkat-peringkat kemudian terdiri daripada gurun perindustrian dengan pengisaran jentera, paip berkarat dan gunung-ganang sampah. Kabus keluar dari tanah dan cahaya jauh menembus kegelapan melalui tebing kabus samar-samar,  menerangi kegelapan dengan segala yang diberikan dalam bentuk bebayang. Suasana kelam menjadi lebih mengerikan apabila anda menemui mayat-mayat tergantung dari tali, cebisan badan berayun secara senyap dalam angin dan terapung di dalam air yang anda perlu gunakan untuk maju ke hadapan.

Untuk pergi ke hadapan, anda perlu menyelesaikan beberapa teka-teki alam sekitar. Beberapa teka-teki pertama adalah perkara mudah dan hanya memerlukan anda menyeret kotak supaya anda boleh mencapai tali gantung atau hanya mengelak dari batu berguling. Kemudian, teka-teki melibatkan lebih banyak unsur alam sekitar dan pemasa. Satu set teka-teki memerlukan anda untuk lari dari air pasang yang naik perlahan-lahan, supaya anda boleh mengapungkan kotak dan pergi ke tempat tinggi. Gagal dan anda lemas. Mujurnya, kematian bukan hukuman yang kekal; anda boleh mula semula dari checkpoint yang mudah, jadi ianya hanya memerlukan cubaan berkali-kali untuk mara.

Panjat dik.

Apa yang membuatkan permainan ini menyeramkan bukan sahaja datang dari suasana dan alam sekitar, tetapi kerana anda memainkan watak seorang budak lelaki yang biasa. Seorang budak lelaki tanpa senjata, kuasa ajaib atau inventori dan untuk beberapa bahagian permainan, dikejar oleh bahaya yang terdiri dari raksaksa dengan sumpit, ke labah-labah gergasi dengan satu-satunya penyelesaian adalah untuk menggunakan alam sekitar terhadap mereka. Permainan ini akan mengambil masa beberapa jam - paling banyak - untuk dihabiskan. Ini menjadikannya agak mahal, kerana ia dijual di Steam pada USD10 dan dengan nilai main semula yang rendah. Sungguhpun begitu, ianya masih jumlah yang berbaloi, atas dasar atmosferanya, and nilai hiburan. Sekurang-kurangnya, untuk kali pertama anda bermain.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.