Advertisement

Liow mahu EGM dalam tempoh tujuh hari

Remains of 5 more MH17 crash victims to arrive on Friday – Bernama

Salah faham di antara pemimpin MCA berlarutan apabila Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai dan 14 pimpinan lain meminta satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi menghalang penyokong presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyertai semua jawatankuasa kerja pusat (CC).

Liow dan ahli jawatankuasa pusat lain tidak berpuas hati dengan keputusan CC membatalkan penggantungan keahlian selama tiga tahun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Sebatang kerana menerima tawaran menyertai kerajaan negeri Johor yang bertentangan dengan dasar parti.

"Kami menggesa presiden menggunakan kuasanya bagi melaksanakan EGM dalam masa tujuh hari berhubung perkara penting ini," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat MCA hari ini.

"Ini bukan soal peribadi. Ia bagi menegakkan keutuhan disiplin, perlembagaan dan resolusi MCA," katanya.

Tee kini merupakan exco negeri atas perkenan Sultan Johor yang bertentangan dengan resolusi parti untuk tidak mengambil sebarang jawatan kerajaan setelah prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.

Tee juga adalah penyokong setia Dr Chua. – 9 September, 2013.

MENYUSUL LAGI

);$newData = utf8_encode(htmlentities(strip_tags($newData)));?>