Perang ‎parti Cina MCA bermula, Liow selar Chua

Dr Chua says he is no dictator, not interested in re-election

Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan tuduhan beliau menekan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) untuk berundur.

“Saya kecewa dengan kenyataan (Dr Chua) yang menyatakan saya berulang kali mendesaknya untuk berundur,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, ini adalah percubaan melabelkannya sebagai rakus dan terdesak.

Liow yang juga timbalan presiden parti berkata beliau selalu meletakkan kepentingan parti melebihi agenda peribadi dan kepimpinan perlu dilihat secara telus dan hal urus tadbir.

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily semalam, Liow berkata ini kali kedua Dr Chua mendedahkan perbincangan peribadi di antara mereka berdua.

Katanya, perkara seumpama itu pertama kali berlaku apabila Dr Chua pada 11 Mei sebelum mesyuarat ahli majlis tertinggi pernah mengutarakan untuk berundur sebagai presiden parti dan peralihan kuasa yang berjalan lancar.

“Saya terkejut dia (Dr Chua) menyalah tafsir kesungguhan penglibatan saya dalam parti dan perkara inilah yang telah membelenggu dan mengganggu dirinya sejak beberapa bulan lalu."

);$newData = utf8_encode(htmlentities(strip_tags($newData)));?>