"For the Love of Preloved" menjual pakaian selebriti


10 Ogos – Sebagai sumbangan kepada kempen "For the Love of Preloved" yang bertujuan untuk menolong golongan wanita kurang bernasib baik, selebriti tempatan boleh menderma baju kurung terpakai mereka ke laman web www.friendlyfashion.my yang diasaskan oleh pasangan adik-beradik Nadzirah dan Diana Hashim.

Antara selebriti yang telah memberikan pakaian mereka adalah Lisa Surihani, Sharifah Sofia, Belinda Chee, Rina Omar, Raja Shahirah dan juga blogger fesyen Ami Schaheera.

Dipetik daripada News Straits Times, Nadzirah memberitahu bahawa segala kutipan dari hasil jualan baju dalam kempen tersebut akan diberikan kepada Women's Aid Organisation (WAO). "Kami memilih NGO ini sebagai cara untuk memberi semangat kepada wanita dalam melakukan perkara yang baik", jelas Nadzirah.

"Kami menjemput para selebriti untuk menyokong idea ini kerana ingin semua orang faham bahawa kemewahan bukanlah hanya terletak pada pemakaian pakaian baru. Kejayaan itu datang dari pemahaman bahawa gaya penampilan yang menarik tidak perlu memakan banyak wang,"tambahnya lagi.

Mereka yang berminat boleh mendapati pelbagai baju kurung terpakai yang menarik dengan harga semurah RM50. Kempen tersebut akan berlangsung sehingga akhir bulan Ramadan.

ARTIKEL LAIN

PETIKAN SINAR RAMADAN

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)."