Magik Sony – Sony Xperia P

Dimensi: 122 x 59.5 x 10.5 mm
Berat: 120 g
Paparan: 4.0 inci LED-backlit LCD, 540 x 960 piksel
OS: Android 2.3.7 Gingerbread
Kamera: 8 MP, LED flash

Nilai: 8/10
Ciri-ciri: 9/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 9/10
Penggunaan: 9/10

Hasil Ujian: Pasti menjadi pilihan pengguna pertengahan kerana mempunyai fungsi fungsi premium

Skor: 8.6/10

Telefon kedua dari tiga telefon pintar keluarga Xperia NXT, mungkin tak ramai akan mengambil berat padanya. Namun begitu di atas kertas, Sony telah meletakkan banyak fungsi — fungsi menarik yang hampir sama dengan Xperia S. Mari kita lihat prestasinya di dalam dunia sebenar

Amat Seksi
Mari saya mulakan dengan mengatakan bahawa Xperia P adalah satu telefon yang amat menarik sekali. Ia kelihatan seakan Sony telah mengecilkan kasing Xperia S untuk memuatkan paparan yang lebih kecil. Namun tak seperti abang sulungnya, ia mempunyai badan unibody aluminium. Tapi ia masih menjadi mangsa kesan calar. Bar lutsinar tradisi Xperia masih ada di sini, namun kali ini kita menyentuh terus pada tiga butang kapasitif di situ berbanding dengan ruang di atas ikon di atas bar pada Xperia S

Magik Digital
Satu satunya magik yang digunakan oleh Xperia P adalah WhiteMagic. Terima kasih kepada kecerdikan paparan Sony, Xperia P adalah telefon pertama yang menggunakan fungsi ini. Ia memang berlainan dari jenama yang lainm dan sekarang walaupun saya menggunakan telefon ini di bawah matahari yang terik pun paparan masih jelas kelihatan. Walaupun begitu kebolehan paparan 4 inci ini hanya setakat itu saja. Menurunkan kecerahannya akan menjadikan warna putih kelihatan kuning.

Pengalaman Menyeronokkan
Memang amat senang sekali menggunakan telefon ini kerana Xperia P mempunyai Timescape UI yang sudah diketahui amat laju. Walaupun terdapat beberapa aplikasi yang tak perlu, namun ia tidak melambatkan telefon ini. Tetapi kami agak kecewa dengan hayat baterinya. Dipadankan dengan bateri berkapasiti 1305mAh, telefon ini akan cepat sekali habis bateri jika 3G dikunakan. Walaupun saya tidak melayari web atau bermain permainan sepanjang masa, pada waktu makan malam pasti bateri sudah hendak habis

Bagus Digunakan
Seperti biasa, saya suka untuk menggunakan telefon saya sebagai alat multimedia. Jadi menonton video dan mendengar lagu adalah keutamaan saya. Sebagai satu keluaran Sony, sudah dijangkakan pemain musik adalah kuat dan jelas. Walaupun begitu pemain video tidak menyokong kesemua format video, dan ia tak mampu memainkan video 720p. Tapi oleh kerana teknologi WhiteMagic, ia masih satu pengalaman yang menyeronokkan