
9 Ogos – Baru – baru ini pihak syarikat telekomunikasi DiGi telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama 50 penghuni rumah Amal Baitus Sakinah Wal Mahabah, Sepang, di Restoran Rebung, Bangsar.
Antara selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis adalah Shaheizy Sam, pelakon cilik iaitu Mia Sara dan juga penyanyi, Zenny Salihuddin.
Selepas sahaja selesai berbuka puasa dan menunaikan solat Ishak tetamu yang hadir turut dimeriahkan lagi dengan persembahan silat dari penghuni rumah amal tersebut yang rata- rata masih kecil dan berumur dalam lingkungan 6 tahun hingga 20 tahun. Mereka turut dimeriahkan lagi dengan persembahan khas dari penyanyi baru iaitu Zenny Salihuddin.
Untuk menghargai anak-anak yatim yang hadir, jurucakap Digi iaitu Suriahni Abdul Hamid selaku ketua di bahagian pengurusan sumber manusia serta Roslan Rosli iaitu ketua di bahagian komunikasi dan pengurusan strategi tampil memberikan sumbangan berbentuk duit raya kepada 50 penghuni anak yatim yang hadir pada malam itu.
Majlis berakhir dengan persembahan nyanyian bersama anak-anak penghuni rumah amal Amal Baitus Sakinah Wal Mahabah, Sepang bersama selebriti tempatan.
