Malaysia paling digemari pelancong Islam, kajian syarikat Singapura

Kisah orang Kuala Lumpur

Malaysia menjadi negara yang paling digemari oleh pelancong Islam dari seluruh dunia, menurut satu kajian yang dikeluarkan oleh sebuah badan di Singapura Selasa lalu.

Malaysia mendahului negara-negara Islam utama di dunia termasuk Emiriyah Arab Bersatu, Turki, Indonesia dan Arab Saudi dalam "Halal friendly Holiday" yang dikeluarkan oleh Crescentrating, sebuah badan yang pakar dalam pelancongan Islam yang berpangkalan di Singapura.

Menurut akhbar Strait Times Singapura, kajian mereka menunjukkan Malaysia berjaya memenuhi keperluan pelancong Islam apabila menyediakan restoran halal melalui daging disembelih mengikut kehendak Islam dan penyediaan tempat solat di lapangan terbang, pusat beli-belah dan hotel.

"Banyak destinasi sekarang cuba memenuhi keperluan segmen ini dengan menyesuaikannya dengan kepercayaan unik pelancong Islam," kata Ketua Pegawai Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen. – 19 Februari, 2014.