Mampu Milik Tapi Ada Kelemahan – i-mobile i-note S

i-mobile i-note S

Dimensi: 182.1 x 116.2 x 10.3 mm
Berat: 352 g
Paparan: 7 inchi TFT , 480 x 800 piksel
Kamera: 3.0MP
Bateri: 3300 mAh

Nilai: 7/10
Ciri-ciri: 6/10
Prestasi: 5/10
Rekaan: 7/10
Penggunaan: 5/10

Hasil Ujian: Bagi mereka yang mencari tablet mampu milik yang menyokong lebih dari 1 sim, ini jawapannya.

Skor: 6.0/10

Nama i-mobile mungkin tidak asing lagi bagi mereka yang selalu mencari telefon murah. Sekarang nampaknya syarikat ini sudah mula mengubah angin dengan menawarkan bukan sahaja telefon, tetapi juga tablet. Bukan sebarang tablet ya, tetapi tablet yang menyokong 3G. Dan bukan setakat satu 3G saja, tetapi dua rangkaian 3G boleh disokong pada satu — satu masa oleh kerana ia menyokong dua kad sim

Landskap lebih luas
Apabila kami mengeluarkan i-note S dari kotak, kami perasan yang orientasi tablet ini berbeza dari tablet 7 inci yang lain. Selalunya tablet akan menggunakan mod potret, tetapi yang ini menggunakan mod lanskap. Kesemua butang sensitive sentuh terletak pada bahagian tepi kiri tablet ini bertentangan satu kamera pandang depan. Binaannya terasa kukuh dan agak berat yang menjadikannya selesa untuk dibawa

Piksel di mana saja
Terasa agak sukar menggunakan tablet ini untuk kegunaan seharian oleh kerana saya nampak piksel di skirn. I-note S hanya mempunyai resolusi 800x480 piksel, satu resolusi yang selalunya kita jumpa pada telefon pintar sekarang. Dengan kepadatan piksel hanya 133ppi, memanglah kamu akan perasan akan piksel individu. Walaupun begitu, paparannya amat cerah dan sudut pandangan agak bagus membolehkan kamu menggunakan tablet ini di luar.

Dua-SIM
Tidak seperti telefon 3G lain yang hanya mempunyai satu saja slot sim, i-mobile mempunyai satu lagi, mungkin kerana bagi mereka "lagi banyak lagi bagus". Sebenarnya ini agak bagus, oleh kerana tak semua telco akan berfungsi di semua tempat. Tapi agak susah juga kerana penukaran 3G tidak dilakukan secara automatik. Kamu terpaksa masuk ke dalam seting dan menukarkan secara manual

Multimedia yang kurang bagus
Tak banyak boleh dikatakan mengenai kamera 3 megapiksel tablet ini oleh kerana aplikasi kamera akan terus crash setiap kali saya cuba melarikannya. Mungkin terdapat kerosakan pada unit ujian ini. Selain dari itu, menonton video pada tablet ini terasa kurang bermaya, mungkin kerana ia tidak menyokong 720p dan piksel yang jelas kelihatan. Pemain musik agak bagus namun kekurangan bass

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.