Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Mangsa: Harapan saya, orang simbah asid dikenakan hukuman berat

    Oleh Syed Mu’az Syed Putra

    KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Selain mahu kembali normal seperti sediakala, mangsa disimbah asid mahu pihak berkuasa segera menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ke atas nasib dialaminya dan dikenakan hukuman berat.

    Mohd Rafie Abdul Latiff (gambar), 27, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera.

    “Saya tiada harapan apa-apa, apa yang saya mahukan orang yang lakukan perkara ini kepada saya ditahan dan dikenakan tindakan yang berat.

    “Tapi saya tahu undang-undang yang ada terlalu ringan, jadi saya harap undang-undang ini boleh dipinda agar hukuman lebih berat dikenakan kepada pesalah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

    Anak ketiga daripada empat adik-beradik ini mengalami kecederaan teruk di bahagian muka selepas disimbah asid.

    Mohd Rafie yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada dalam keretanya di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.

    Semasa insiden itu, dia berada di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang  rakannya yang ingin menggunakan tandas awam.

    “Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.

    “Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.

    Dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, Mohd Rafie berkata, dia kemungkinan akan membuat pembedahan kulit sekiranya perlu.

    Dia juga mahu kembali normal seperti sebelum kejadian malang itu.

    “Sudah tentu saya mahu kembali normal seperti dulu, muka macam dulu, dapat kerja macam dulu.

    “Kalau perlu saya mungkin akan buat pembedahan tapi tengok keadaanlah,” katanya.

    Difahamkan Mohd Rafie akan berada di hospital buat jangka masa yang agak lama bagi memudahkan pihak hospital memantau kecederaan yang dialaminya.

    Dia juga akan menyambut Aidilfitri di hospital.

    How do you feel about this article?

     

    193 comments

    • Emancipation...FTG.  •  9 months ago
      ..feel sorry for Rafie.
    • Emancipation...FTG.  •  9 months ago
      Please take action asap!!
    • Jaya Shan  •  9 months ago
      Agree with Zahar......Why should happend to this person???? But the way he done is wrong,action & invesstigation must done immediately.
    • zahar hashim  •  9 months ago
      Ape kah pertanda semua ini? Kenape berlaku kepada mangsa ini? Apa dosa dia? seseorang jika bertindak sedemikian mesti atas alasan yang begitu terdesak. Mustahil tanpa sebab musabab seseorang bertindak sedemikian. Renung2kanlah.
    • Norazizah  •  9 months ago
      agaknye lpas nie kena wat lesen la kalau nak beli asid tue..org2 tertentu je yg boleh memiliki asid..xle sesuke ati..kalau x...tgkla mcm skunk. simbah asid cam simbah gune air paip je..
      ke da bute xdpt beza air ngan asid..xpasal2 muke yg bersih jd cacat. sblm nak test kat muke org tue testla lu kat pipi sndr..amacam sdp x? klu ye pun dendam ngan org tlg pk rs simpati skit kat muke die..kesian Rafie dan kes2 yg lpas tue..semoga tabah ye. xlame je lg idup org2 yg wat aniaya kat org laen ni..nntkanla balasannya.
    • Noreen Hafiz  •  9 months ago
      kena bagi hukuman yang berat.klu hukuman penjara biarlah penjara seumur hidup, sebat dan hukuman yang agak berat la....klu ikutkan tu pun tak berbaloi sbb mangsa simbahan asid tu menderita seumur hidup tak blh.....buat si pelaku tu biar menderita juga...sipelaku ni mmg tak ada hati perut.
    • Gme  •  9 months ago
      mcm mne nk bagi hukuman berat klu M'sia ni negara sekular? klu trlaksana hukum hudud nnti baru ler dpt praktikkan hukuman 'qisas' yg mne pesalah akan d hukum sama dgn jnyh yg d lakukannye..cntoh..simbah asid ke muke org..
    • mass  •  9 months ago
      saya setuju...hukuman lebih berat patut dikenakan pd penyimbah asid ini krn mangsa pon mendpt trauma seumur hidup atau jangka mangsa yg agak panjang serta meninggalkan kesan seumur idup pada mereka ...masaalahnye malaysia mampu ke menyelaraskan semula hukuman tersebut?
    • Yusof  •  9 months ago
      Pegawai Polis itu kata sukar untuk menghalang penjualan bahan asid kepada pihak awam kerana asid diperlukan untuk pelbagai kegunaan, ini kenyataan mempertahankan industri; Pejawat Awam bernama Salleh berkata pihak yang terlibat menjual dan membekal asid perlu berwaspada dan mengenali siapa yang membeli asid sebelum 8 Ogos, 2011, ini kenyataaan menandakan undang-undang Malaysia takda gigi. Satu cadangan ialah mengorganisasikan semula kawalan bahan-bahan berbahaya yang digunakan dalam industri dan pertanian dengan menubuhkan satu badan baru yang bertaraf Lembaga Racun, dengan memisahkan bahan-bahan kelas ini dari Jadual Racun dan diletakkan di bawah lembaga yang baru ini untuk melaksanakan penguasaan secara khusus. Perkara ini sudah lama berlaku di UK sejak 1968 sumber undang-undang Malaysia. Mengapa tidak boleh dilakukan di sini?
    • benfica  •  9 months ago
      What the stupid fellow do to other... the same shall be return to him. But make sure all his finger nail are remove slowly using a plyer.. and this teeth one by one a day. Nail every finger of his to a tree daily. spash his eyes with red hot chile 3 times a day. Make a beautiful dance nake infrom of him a lastic it using satay stick. Put a fire cracker into his ass hole a set in on fire. Make sure he remember what he have done to other that will be suffer for a life time.
    • Bhen  •  9 months ago
      Kalau boleh gubal undang2 buat hukuman simbah balik muka orang yang simabh asid. Tak ada hati perut langsung. Tak layak duduk kat M'sia. Hantar pegi Afghanistan atau Somalia.
    • Mizz Umie  •  9 months ago
      kerjasama dari orang ramai dalam memberi maklumat bagi mempercepatkan proses HUKUMAN..kepada yang bertanggungjawab!!!!
    • Mizz Umie  •  9 months ago
      Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya demi melindungi keselamatan orang ramai....
    • Mizz Umie  •  9 months ago
      Kepada saudara Rafie diharapkan saudara dapat menerima ujian dengan tabah dan bersabar la diatas keperitan yang saudara alami..insyallah setiap perbuatan jahat pasti ada balasan dan berdoa la agar kesihatan saudara mendapat limpah KURNIANYA..bersabar la..
    • Angelina  •  9 months ago
      nasibla Malaysia tidak mengamalkan hukum hudud, kalau tidak siaplah pelakunya nanti jika tertangkap..
    • Dilla  •  9 months ago
      simpati ngan mohd rafie, hope akan chat seperti biasa...bnyak kan sbar... pihak polis tolong lah ambik tindakan segera,berapa ramai ag akan jd mangsa simbah asid nie????, sume owg punya risiko yang besar utk kene....jadi bertindaklah dari skrg cari jln utk selesaikan jenayah ini... Ape tindak pertama yg boleh dibuat skrg, sesiapa saja yg mjual asid seharus nyer mengambil salinan IC mereka yg membeli dan buat simpanan untuk rujukan...mudahkan...??, tidak semua owg di negara ini membeli asid setiap hari...jd tidak akan membeban kan care ini kpd penjual asid...kte kene sama2 cari jalan utk selesaikan masalah ini...tolong beri pandangan dan polis juga tolong pertimbangkan segala cadangan yg diberikan.... YA ALLAH YA TUHAN KU PADAMU AKU BERLINDUNG.....LINDUNGILAH KAMI SEMUA DARI MEREKA2 INI......AMIN.....
    • nur Diy  •  9 months ago
      Kejam betul...kalo ssh sgt nk tgkap, pkai bomoh je la... jampi sket kt penyimbah asid tu..biar dia mandi sndri ngan asid2 dia...pahtu nt kalo kuar kt paper berita org mati minum asid, itula org nye.. huu... Allah Maha Adil...
    • ambo  •  9 months ago
      Islam itu sempuna.
    • Ashley  •  9 months ago
      @Consulting and all that supports Hudu and Qisas: Be careful of what you wish for... I fully agreed with @Musa here. Qisas dan hukum Al Quran semestinya yang terbaik. Islam adalah ajaran cara kehidupan yg cuba memuaskan setiap pihak atau individu. TETAPI masalahnya ialah MUSLIM bukan Agama Islam.

      Perlaksanaan oleh manusia akan hukum Qisas atau Hudud itu amat menakutkan kerana penyalah gunaan kuasa amat mudah berlaku. To those yg membabi buta seronok sangat nak Qisas sana and Qisas sini dan of course golongan MMMM (Melayu-Muslim-Malaysia-Majority) yg emo dan suka ikut-ikut, ponder this: -

      THESE ARE REAL HAPPENING AND NOT THEORY OF MINE!!!!

      1. Kemalangan fatal, mangsa melintas jalan seperti ayam, telah dilanggar dan mati. Jelas kesalahan ialah silap mangsa. Masalahnya: Mangsa adalah warganegara, pemandu kereta bukan warga negara: Keluarga mangsa tuntut hukum pancung atau wang 500,000... Boleh diterima akal tak?

      2. Mangsa rogol buat aduan polis - terus kena penjara atas tuduhan Zina - nak ker Malaysia jadi macam ni?

      3. Mangsa melakukan self-defense semasa mahu di rogol. Kerana mahu menyelamaykan dirinya, dia telah mencapai sebilah gunting dan menikam mati perogolnya - Verdict: Mangsa yg cuba self-defense dihukum pancung... Ok tak? Puas tak hati? An eye for an eye, a tooth for a tooth and a life for a life.

      Masalah - Al Quran tidak ada cacat celanya - Terjemahan Al Quran oleh muslim extremist yg menjadi masalah. Lebih2 lagi kalau muslim datang dari golongan kombinasi paling buruk, iaitu golongan MMMM!!!!

      ada beratus lagi contoh kalau nak
      • Ken_G 9 months ago
        Haha....jumpa lagi orang yang bercakap tak berlandaskan ilmu serta betul-betul bersifat perkauman. Jika anda menyangkakan hukuman qisas begitu kejam seperti anda sangka, anda sangat silap. Di sini saya ingin membetulkan fakta yang ditulis oleh anda, kerana fakta yang anda sampaikan hanya berada pada satu sudut sahaja.

        Untuk pengetahuan En.Ashley, ada satu ajaran yang sentiasa diterapkan dalam Islam iaitu PENGAMPUNAN. Ya, hukuman qisas boleh dijalankan, tetapi jika si mangsa atau ahli keluarga mangsa (jika mangsa berada dalam keadaan tidak mampu atau sudah meninggal) mengampunkan mangsa, hukuman qisas tidak akan dijalankan dan digantikan dengan hukuman lain yang setimpal.

        1. "Kemalangan fatal, mangsa melintas jalan seperti ayam, telah dilanggar dan mati. Jelas kesalahan ialah silap mangsa...."
        Kenapa ia disebut "kemalangan" atau bahasa Inggerisnya "accident"? Sebab pekara itu berlaku TIDAK SENGAJA tidak kira sama ada pada mangsa ataupun pesalah. Mengikut kes yang disebut oleh En.Ashley, pemandu telah TIDAK SENGAJA melanggar mangsa. Bila TIDAK SENGAJA, hukuman qisas tidak berlaku dan diganti dengan hukuman setimpal.

        2. " Verdict: Mangsa yg cuba self-defense dihukum pancung..."
        Fakta yang sangat silap, saya boleh cakap. Tak pernah undang-undang kat dalam dunia ini yang menghukum orang yang cuba mempertahankan diri, begitu juga dengan qisas. Mungkin anda tak pernah dengar kenyataan mahkamah "Membunuh dengan niat mempertahankan diri". Dan juga, hukuman qisas tidak berkuatkuasa jika keadaan yang macam En. Ashley nyatakan berlaku, dan selalunya, mangsa akan terlepas.

        3. "Mangsa rogol buat aduan polis - terus kena penjara atas tuduhan Zina"
        Begitu pendek sekali akal En.Ashley hingga tak boleh bezakan rogol dengan zina. Dengan paksaan dan tiada paksaan...cukup berbeza sekali. Bagaimana nak bezakan? Teknologi sudah cukup moden untuk periksa sama ada dara seseorang hilang secara paksaan atau rela. Tambahan pula, hukuman ke atas zina cuma boleh dijatuhkan jika ada cukup saksi dan keadaan yang sewajarnya. Itupun kena bawa MAHKAMAH dulu...

        Al-Quran memang tiada cacatnya. Memang ada Muslim extremist yang menafsirkan dengan cara salah. Akan tetapi, manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Ada banyak sumber di luar sana yang membolehkan anda memberikan pertimbangan tenatng hukuman qisas ini. TETAPI, saya dapat jangkakan yang anda hanya membaca tentang cara hukuman dijalankan dan bukannya keadaan yang bagaimana yang membolehkan hukuman dilaksanakan.

        P/S : MMMM....kenyataan anda seolah-olah menyatakan bahawa Melayu yang melaksanakan hukuman ini dan bukannya Islam. Ini bukan hukuman eksklusif untuk orang Melayu, tetapi Islam secara amnya. Saya juga ingin sekali bertanya, jika anda sendiri dicurahkan asid ke muka anda, adakah anda hanya menerimanya sebagai takdir atau anda akan melakukan pekara sepatutnya untuk mendapat hak anda?
    • Ashley  •  9 months ago
      @Consulting and all that supports Hudu and Qisas: Be careful of what you wish for... I fully agreed with @Musa here. Qisas dan hukum Al Quran semestinya yang terbaik. Islam adalah ajaran cara kehidupan yg cuba memuaskan setiap pihak atau individu. TETAPI masalahnya ialah MUSLIM bukan Agama Islam.

      Perlaksanaan oleh manusia akan hukum Qisas atau Hudud itu amat menakutkan kerana penyalah gunaan kuasa amat mudah berlaku. To those yg membabi buta seronok sangat nak Qisas sana and Qisas sini dan of course golongan MMMM (Melayu-Muslim-Malaysia-Majority) yg emo dan suka ikut-ikut, ponder this: -

      THESE ARE REAL HAPPENING AND NOT THEORY OF MINE!!!!

      1. Kemalangan fatal, mangsa melintas jalan seperti ayam, telah dilanggar dan mati. Jelas kesalahan ialah silap mangsa. Masalahnya: Mangsa adalah warganegara, pemandu kereta bukan warga negara: Keluarga mangsa tuntut hukum pancung atau wang 500,000... Boleh diterima akal tak?

      2. Mangsa rogol buat aduan polis - terus kena penjara atas tuduhan Zina - nak ker Malaysia jadi macam ni?

      3. Mangsa melakukan self-defense semasa mahu di rogol. Kerana mahu menyelamaykan dirinya, dia telah mencapai sebilah gunting dan menikam mati perogolnya - Verdict: Mangsa yg cuba self-defense dihukum pancung... Ok tak? Puas tak hati? An eye for an eye, a tooth for a tooth and a life for a life.

      Masalah - Al Quran tidak ada cacat celanya - Terjemahan Al Quran oleh muslim extremist yg menjadi masalah. Lebih2 lagi kalau muslim datang dari golongan kombinasi paling buruk, iaitu golongan MMMM!!!!

      ada beratus lagi contoh kalau nak
      • Fendi 9 months ago
        boleh tolong bagi lagi contoh-contoh merepek ko 2 tak.kalu nak no hp akupun boleh jugak.paling pengecutpun kita debat dalam emel jela...biar aku cita kt ko dari A amapai Z segala fakta brkenaan huku hudud yg ko ckp tadi.ko ckp 2 kaji dulu jngn main tibai je....wat malu je....
      • Ashley 9 months ago
        @Fendi ko ni memang paling layak jadi Wakil Rakyat MMMM... Contoh merapek kepala bapak ko...

        Cuba baca betul betul..apa ker bodoh narrr lah dah melayu jecnis ko ni... Itu bukan contoh wahai Fendi Bin Bangang... Luaskan pemandangan or untuk kebaikan manusia sejagat, gi mati jek laaa....
      • Fendi 9 months ago
        ADA ORG EMOSI SIOT.....mcm ni..ko ckp ko ada bnyk lg contohkn...skg ckp bnyk xgune..ko bg pnjelasan tepat tentang hukum2 hudud dari A smpai Z!bg pnjelasn logik knapa ia patot & xptot!srtakn skali hukum2 & akta2 yg ada bg pnjelasan ko itu.ko kna ingt akta ko msti kna tpt kalu x ko ni cuma anjing2 yg hnya tau mnyalak mcm bngsa melayu & wakil rakyat MMMMM...Aku nk tnya sikit, bngsa melayu mmg suke maki2 org ye?tp bngsa melayu yg aku knal sngt sopan & lmah lmbut.pling best ko ni org islam ke?aku nk cari jgk kt kitab islam yg mana ada mngajar seorang muslim memaki hamun org mngunakn nama ibu bapa sdangkn ibu bapa org bkn islampn xbuat apa Ashley Payne katakn sperti kepala bapak ko, bodoh narrr lah dah melayu jecnis ko ni,Fendi Bin Bangang &gi mati jek laaa :-).org bkn muslimpn xckp mcm ni..ksian mak & ayah ko.pnt je hnta ko prgi sekolah dlu...:-).jngn lupe ye bg fakta2 yg aku minta tu..

    Most Popular

    • Anwar claims symbolic win after former prosecutor joins legal team
      Anwar claims symbolic win after former prosecutor joins legal team

      KUALA LUMPUR, May 22 — Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim claimed a symbolic victory today in having the man who unsuccessfully prosecuted him for sodomy join his legal team to defend an illegal assembly charge, pointing out that someone who was in government did not want to be a part of what he called the “dirtiness”.

    • Manji: Allah made gays and lesbians, too
      Manji: Allah made gays and lesbians, too

      INTERVIEW Unapologetic for her defence of the gay and lesbian lifestyle, controversial liberal-Islam author Irshad Manji has challenged critics to explain how Allah in all His glory could have made “misfits or abominations”.                

    • To cut costs, MAS offers staff 2 years’ unpaid leave

      By Jahabar SadiqEditor KUALA LUMPUR, May 22 — Malaysia Airlines (MAS) has offered a maximum of two years of unpaid leave to its Malaysia-based employees as the flag carrier works out strategies to cut costs and seek RM6 billion to fund a re-fleeting programme after losing RM2.52 billion last year and aborting a share swap with competitor AirAsia.

    POLL
    Loading...
    Poll Choice Options