Advertisement

Mari minum air di bazaar Ramadan




Biasanya, bazar Ramadan turut bukan saja menyediakan masakan yang enak-enak belaka tetapi ada juga pelbagai minuman yang menghilangkan dahaga apatah lagi selepas seharian berpuasa bagi membasahkan tekak yang kering.

Pada hari biasa mungkin ada jarang berjumpa dengan gerai yang menjual terlalu banyak air sehingga menjangkau minimum lime jenis pada satu masa. Nasib hanya baik pada bulan Ramadan (rezeki lebih) dengan beberapa jenis air yang sedap dihirup ketika berbuka.

Contohnya air katira (ada yang selalu tersasul menyebut air kartika) yang dikatakan berasal dari negeri Johor. Ada juga pendapat mengatakan orang Singapura yang mula-mula memperkenalkan air ini.

Air yang biasanya berwarna hijau itu dikatakan penyejuk badan. Jadi, tidak hairan ia banyak didapati pada bulan puasa.

Ramuannya merangkumi pelbagai herba. Ada yang mengatakan air katiran mengandungi biji selasih, bunga kembang semangkuk, santan, getah anggur, gajus, halwa kabung, gula merah dan bermacam-macam lagi.

Kebanyakan pembuat air katira mengatakan mereka akan mencampurkan sekurang-kurangnya 12 ramuan dalam air ini untuk menjadikan rasanya yang unik seakan tidak pernah diminum masyarakat di dunia. Ia dijual pada harga sekitar RM3-RM3.50.

Air katira banyak dijual di lokasi bazar Ramadan sekitar Johor manakala di Kuala Lumpur ia boleh didapati di bazar Taman Melawati.

Selain air katira, terdapat bermacam-macam jenis air lain yang eksklusif didapati pada bulan puasa sahaja, misalnya:

1.    Keladi
2.    Laici susu
3.    Soya cincau
4.    Coklat mint
5.    Milo mint
6.    Coke susu
7.    Jagung susu
8.    Lai chi kang
9.    Tembikai campur nenas
10.    Tembikai susu dengan asam boi
11.    Teh bunga  
12.    Limau barli asam boi

Banyak lagi air yang dijual selain senarai di atas. Yang pastinya, jangan terlalu tamak dan gelojoh ketika berbuka. Minum seteguk demi seteguk jangan sampai tersedak.