Dimensi: 340 x 229 x 33 mm
Skrin: 14 inci, 1366 x 768 piksel
Prosesor: Intel Core i5-2450M 2.5Ghz
Port: HDMI/VGA/USB 2.0 x 1/USB 3.0 x 2
Berat: 1.97kg
Nilai: 9/10
Ciri-ciri: 9/10
Prestasi: 9/10
Rekaan: 9/10
Penggunaan: 9 /10
Hasil Ujian: Betul-betul mesin "Di mana saja, pada waktu apa saja"
Sebab Majalah Tech Sukakannya: Ia ada Beats Audio!
Skor: 9/10
Kita memang hidup di dalam dunia yang celik IT. Masuk saja kedai komputer, kita ada pelbagai pilihan yang boleh dibeli. Dari gajet yang menyenangkan kerja seharian, gajet bagi bekerja terutama bagi komputer riba di mana setiap kehendak seseorang dilengkapi dengan hanya pergi ke mana — mana kedai dan memilih apa yang mereka mahu. HP membuatkan pemilihan mereka makin susah dengan komputer riba mereka, DM4.
Rekaan
Sekali lihat anda akan ingat DM4 ada persamaan dengan generasi sebelumnya. Ia masih menggunakan paparan 14 inci pada 1366 x 768 piksel. Ia masih dibina sebaik mungkin dengan menggunakan aluminium pada badannya. Ia juga datang dengan pemacu optik bagi mereka yang masih menggunakan CD
Port, port!
Ia datang dengan tiga sambungan USB bagi anda yang suka menyambungkan banyak peranti kepada DM4 anda. Sedihnya ia tidak datang dengan sambungan eSata namun ini mungkin tidak menjadi masalah bagi kebanyakan orang. Ia juga ada sambungan kad SD supaya anda boleh lihat kembali gambar yang telah dirakam dengan anda
Beats Sepanjang Jalan
Salah satu fungsi yang terdapat pada mesin ini adalah teknologi Beats Audio. Seperti yang kamu tahu, Beats Audio adalah teknologi di mana proses bunyi menepati kehendak bunyi sebenar yang dimahukan oleh artis. Kami menyambungkan fon telinga murahan kami dan serta merta kami dapat membezakan antara bunyi pada mesin yang ada iaitu dengan Beats Audio atau tanpanya, memang berbeza. Bunyinya lebih bagus, jelas dan lancar. Malah, kami boleh mendengar bunyi loceng dalam satu lagu, sesuatu yang kami tidak dengar di dalam mesin lain
Masalah Sentuhan
Masalah dengan DM4 terdapat pada kedua-dua papan kekuncinya dan juga pad sentuh. Jarak tekan bagi papan kekunci DM4 adalah kurang bagus dibandingkan dengan komputer riba lain. Bagi pad sentuhnya pula, saya kurang menyukainya, terutama jika anda tersentuh jari lain pada pad itu, kursor tidak akan berfungsi.
Tapi walaupun begitu kami masih mengesyorkan DM4!
By 
