Masa Depan Pendidikan Dengan Studybook

Lengkap dengan perisian pembelajaran dan interaksi digital dengan guru

Intel memperkenalkan Studybook, sebuah tablet yang direka khas untuk digunakan dalam  kelas sebagai alat pembelajaran para pelajar. Tahan lasak, dan dimuatkan dengan aplikasi pendidikan khusus, tablet ini direka untuk e-pembelajaran dan datang dengan ciri-ciri yang membantu pelajar mendapat lebih daripada apa yang terkandung dalam buku teks mereka seperti kamera, mikrofon, sensor cahaya, skrin kapasitif multi-sesentuh dan juga pemproses Intel Atom Z650.

Peranti ini memberikan pelajar peluang untuk lebih fokus di dalam pembelajaran mereka, termasuklah menggunakan aplikasi pendidikan, aplikasi pengurusan kelas, aplikasi LabCam yang menggunakan kamera terbina dalam untuk melakukan eksperimen-eksperimen sains dan juga e-reader. Aplikasi kerjasama pula mempunyai antaramuka yang senang digunakan dan membolehkan cikgu dan pelajar untuk melakukan kerja bersama bagi meningkatkan mutu pembelajaran mereka.

"Peranti ini akan memberikan pelajar peluang yang tiada had untuk meningkatkan mutu pembelajaran mereka. Kami juga menjadikan Studybook sebagai sebahagian daripada portfolio Intel Learning Series yang murah untuk dimiliki dan direka khsuus untuk pembelajaran bagi mendekatkan kita ke visi kami untuk membolehkan lebih ramai pelajar dan cikgu untuk berkecimpung di dalam pembelajaran berkualiti tinggi," kata Brian Gonzales, Pengarah Program Pendidikan Global, Bahagian Pemasaran dan Jualan, Intel Corporation.

"Kami di Intel percaya Malaysia berhak untuk mendapat kualiti pendidikan yang terbaik untuk memenuhi sasaran negara ini agar menjadi lebih kompetitif dan menjadi sebahagian daripada ekonomi pengetahuan global," kata Prakash Mallya, Pengurus Besar Negara, bahagian Pemasaran dan Jualan, Intel Malaysia. "Intel tetap komited untuk bekerja dengan pihak kerajaan, terutamanya Kementerian Pendidikan untuk menyokong pelan induk pendidikan Malaysia."

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.