Mat Sabu belum bercadang saman akhbar Sin Chew

  • No bipartisan dialogue until BN stops opposition crackdown, PKR leaders say
    No bipartisan dialogue until BN stops opposition crackdown, PKR leaders say

    PETALING JAYA, May 25 — Several PKR leaders said no today to their deputy president’s suggestion for bipartisan engagement with Barisan Nasional (BN), provided the government calls off its security clampdown on opposition supporters and stops issuing racial remarks.

  • Declare position on legality of Cabinet appointments, Kit Siang tells Najib
    Declare position on legality of Cabinet appointments, Kit Siang tells Najib

    KUALA LUMPUR, May 25 — Lim Kit Siang called on Datuk Seri Najib Razak today to publicly declare his stand on the legality of the five non-elected representatives he had included into his new Cabinet.

  • Malaysians among world’s economic Pollyannas, says US pollster
    Malaysians among world’s economic Pollyannas, says US pollster

    By Debra ChongAssistant News Editor KUALA LUMPUR, May 25 ― Malaysians are among the most upbeat people in the world about the economy, believing the state’s coffers to be robust, their personal purses in good shape and their children’s future prospects to be even better, according to a US survey of 39 countries released this week.

  • Nik Aziz: Umno’s race-based politics at dead end
    Nik Aziz: Umno’s race-based politics at dead end

    BY CLARA CHOOIASSISTANT NEWS EDITOR KUALA LUMPUR, May 25 ― Umno’s consideration of the proposal for a single, multiracial Barisan Nasional (BN) party proves its admission that race-based politics is no longer relevant in Malaysia, PAS spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said today.

  • Forego remand appeal to gain public favour, Kit Siang tells cops
    Forego remand appeal to gain public favour, Kit Siang tells cops

    BY CLARA CHOOIASSISTANT NEWS EDITOR KUALA LUMPUR, May 25 ― The police should not appeal yesterday’s decision by a magistrate to deny remand on two opposition figures and an activist if it wants to regain public confidence, Lim Kit Siang said today.

Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu masih belum bercadang untuk menyaman akhbar Sin Chew Daily berikutan dengan keenganan akhbar tersebut untuk membetulkan salah lapor tentang kenyataan beliau mengenai hudud.

“Saya masih belum bercadang untuk saman mereka.

“Saya tetap dengan kenyataan sebelum ini bahawa saya langsung tidak sebut tentang hudud,” kata Mohamad (gambar) yang mesra dengan panggilan Mat Sabu ketika dihubungi sebentar tadi.

Semalam melalui edisi online mereka, Sin Chew Daily mempertahankan laporan muka depan akhbar mereka bahawa Mohamad menyatakan PAS akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.

“Dalam perbualan telefon tersebut saya tidak pun menyebut bahawa PAS akan membawa usul rang undang-undang hudud ke Parlimen apabila PR mengambil alih pemerintahan Malaysia pada PRU ke-13 nanti.

“Sebarang perlaksanaan hukum hudud di Malaysia hendaklah melalui proses demokrasi berparlimen dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“PAS juga berpegang kepada perjanjian dalam PR,” tambah Mohamad lagi.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan penafian laporan muka hadapan Sin Chew Daily yang mendakwa beliau berkata PAS akan memperkenalkan hukum hudud jika PR mengambil alih Putrajaya.“Saya diberitahu oleh seseorang kenalan berbangsa Cina, Sin Chew Daily lapor kenyataan yang berbeza daripada apa yang saya sebut.

“Ketika wartawan surat khabar itu (Sin Chew Daily) menghubungi saya, perkataan tentang hudud langsung tidak keluar.

“Mungkin dia (wartawan) tak faham sangat Bahasa Melayu,” kata Mohamad.

Sebelum PR ditubuhkan, PAS, PKN (kini PKR) dan DAP pernah bersama dengan gabungan yang digelar Barisan Alternatif (BA) ditubuhkan menjelang pilihan raya umum (PRU) 1999.

PRU 1999 menyaksikan negeri Terengganu jatuh ketangan PAS dan Kelantan berjaya dikekalkan oleh parti tersebut.

DAP menarik diri daripada BA pada tahun 2001 selepas mendapati sokongan daripada masyarakat Cina terhadap mereka menurun akibat daripada polemik hudud dan hubungan bersama PAS.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.