Malaysia Elections 2013

MAYAT STEPHANIE FORAY DITEMUI DALAM LUBANG GUA BERHAMPIRAN RUMAH TERTUDUH

KUANTAN, 27 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini diberitahu mayat

pelancong wanita warga Perancis Stephanie Foray ditemui dalam lubang sebuah gua

yang terletak berdekatan rumah tertuduh di jeti Kampung Tekek, Pulau Tioman.

Pegawai di Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang

Inspektor Shuhada Salim berkata mayat serta sebuah beg milik wanita itu ditemui

ketika beliau dan satu lagi pasukan polis dari IPK Johor, yang diketuai

Inspektor Mohd Zairi Badderul, menjalankan siasatan di kawasan tertuduh

dipercayai mencampakkan mayat mangsa.

"Saya yang menunggu di luar gua dipanggil oleh Inspektor Zairi untuk masuk

ke dalam gua dan memaklumkan bahawa tertuduh (yang ketika itu ada bersama

pasukan penyiasat) menunjukkan tempat mayat mangsa dibuang di dalam satu lubang.

"Inspektor Zairi juga selepas itu menunjukkan kepada saya satu beg galas

yang berada dalam lubang kecil berhampiran pintu masuk gua tersebut," katanya

pada perbicaraan kes Asni Omar, 37, yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak

bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12

tengah hari pada 12 Mei tahun lepas.

Saksi ke-13 pendakwaan itu juga berkata selepas itu, mereka bergerak ke

rumah tertuduh yang terletak kira-kira 250 langkah dari kawasan gua di mana

mayat mangsa ditemui.

-- LAGI

MAHKAMAH-BUNUH 2 (AKHIR) KUANTAN

Beliau berkata Mohd Zairi kemudian menunjukkan sebuah almari dalam bilik di

bahagian depan rumah tertuduh yang mengandungi tiga beg, dipercayai milik

mangsa.

"Saya kemudian membuat pemeriksaan ke atas ketiga-tiga beg tersebut dan

terdapat beberapa item kepunyaan mangsa di dalam beg berkenaan, dan menemui

sebatang berus gigi berjenama Happy Morning, sebatang berus gigi Oral B,

pencukur Willkinson Swort, beg plastik kosong warna hijau dan biru di dalam beg

kain berbunga.

"Manakala dalam satu lagi beg berwarna hitam bernama Aguts H, terdapat beg

kecil yang di dalamnya mengandungi tiga utas rantai warna perak, dua utas rantai

tangan warna kuning dan sebentuk cincin berwarna perak," katanya.

Shuhada berkata Mohd Zairi juga meminta beliau memeriksa dinding berhampiran

dapur, yang mempunyai kesan telah dilap, kerana disyaki mempunyai kesan darah.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mariana Yahya disambung esok.

-- BERNAMA

NF NF SBB

Loading...

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.