Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    MEF: Pekerja swasta boleh kerja hingga 70 tahun jika ‘layak’

    Oleh G Manimaran

    KUALA LUMPUR, 27 Sept — Majikan sektor swasta boleh menggaji seseorang sehingga umur 70 tahun jika pekerja terbabit memenuhi keperluan organisasi masing-masing walaupun undang-undang baru, yang sedang digubal bakal menetapkan had persaraan mandatori 60 tahun, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

    Pengarah Eksekutifnya Shamsuddin Bardan berkata, undang-undang baru itu menetapkan umur persaraan mandatori 60 tahun berbanding 55 tahun sekarang tetapi pekerja-pekerja yang diperlukan boleh berkhidmat selagi berupaya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut kontrak perkhidmatan.

    “Undang-undang baru ini hanya menyediakan had mandatori bersara 60 tahun, tetapi jika ada  yang boleh bekerja sehingga 65 atau 70 tahun, masih boleh... bersandarkan kesediaan dan keperluan pekerja dan majikan masing-masing,” kata Shamsuddin kepada The Malaysian Insider hari ini.

    Katanya, MEF menyambut baik langkah memperkenalkan undang-undang baru — yang bakal dikenali sebagai akta umur persaraan sektor swasta kerana sesuai dengan perkembangan semasa.

    “Kebanyakan negara di rantau ini sudah pun melakanakan dasar umur persaraan 60 tahun dan ke atas, jadi kita juga harus menaikkan had usia bersara,” kata beliau yang turut merujuk kepada jangka hayat rakyat negara ini juga meningkat ekoran kemajuan bidang sosioekonomi.

    “Umur persaraan sektor swasta sekarang ini digunakan sejak sebelum negara merdeka. Ketika negara merdeka jangka hayat rakyat sekitar 50 tahun, tetapi sekarang sudah mencecah 73, 74 tahun.

    “Jadi kita perlu menggunakan tenaga kerja yang berpengalaman. Kita perlu ada dasar baru, undang-undang ini ke arah itu. MEF mengalu-alukan,” kata Shamsuddin lagi.

    Difahamkan jumlah pekerja yang dibenar terus bekerja sehinga 65 atau 70 tahun tidak ramai.

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga berharap kerajaan akan melanjutkan umur persaraan pekerja sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang.

    Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Azlan Zainol berkata tindakan melanjutkan umur persaraan itu diharap diumumkan pada pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

    Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa kerajaan sedang menggubal satu undang-undang baru khusus bagi menaikkan umur persaraan pekerja sektor swasta sehingga 64 tahun dengan had bersara mandatori 60 tahun.

    Di bawah undang-undang baru yang bakal dinamakan sebagai akta umur persaraan sektor swasta, seseorang pekerja hanya akan bersara apabila mencapai usia 60 tahun, dan jika khidmatnya masih diperlukan, pekerja terbabit boleh dilanjutkan khidmat mereka selama empat tahun lagi.

    “Bermakna usia persaraan akan dilanjutkan daripada 55 tahun pada masa sekarang kepada 60 tahun dan seseorang pekerja masih berupaya dan diperlukan, dia boleh terus bekerja selama empat tahun lagi,” kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdul Halim Mansor kepada The Malaysian Insider semalam.

    The Malaysian Insider difahamkan perubahan itu akan membawa pindaan ke atas Akta Kerja dan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

    Jika perubahan itu menjadi kenyataan ia akan memanfaatkan hampir enam juta pekerja.

    The Malaysian Insider juga difahamkan kesemua pihak berkepentingan telah melahirkan persetujuan ke atas undang-undang baru ini kecuali satu wakil majikan.

    Sebelum ini, MTUC telah menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk menggunakan dengan optimum tenaga kerja negara ini.

    Sektor swasta mengikut umur persaraan sektor awam sebelum ini iaitu 55 tahun kerana tidak ada undang-undang yang mensyaratkan sektor swasta menetapkan had umur persaraan.

    Justeru, MTUC telah mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta Kerja 1955 supaya memasukkan umur persaraan mandatori 60 tahun.

    Kerajaan telah meningkatkan umur persaraan sektor awam kepada 58 tahun tetapi sektor swasta masih lagi pada umur 55 tahun.

    Badan induk kesatuan sekerja itu merasakan bahawa majoriti pekerja yang berumur 55 tahun masih sihat dan bolehmenyumbang melalui kemahiran dan pengalaman luas yang dimiliki.

    Shamsuddin juga bersetuju bahawa penggubalan undang-undang baru juga memerlukan pindaan ke atas Akta KWSP dan Akta Pertubuhan Sosial (Perkeso).

    “Ia berkaitan dengan caruman ke dalam KWSP dan Perkeso, dan perlindungan oleh kedua-dua badan berkanun ini,” kata beliau.

     

    How do you feel about this article?

     

    49 comments

    • dx  •  7 months ago
      Nampaknya ramai orang muda yang komen risau tiada kerja kerana terpaksa bersaing dengan orang tua. Yang tua risau kerana terpaksa kerja sehingga 70 tahun.

      Artikel ini kata BOLEH kerja hingga 70 tahun, bukan MESTI.

      Dalam sektor swasta ini, matlamat ialah membuat keuntungan maksimum. Jangan risau, kalau pada pekiraan syarikat itu lebih untung ambil pekerja muda dari yang tua. Mereka akan ambil pekerja muda dan pecat pekerja tua itu. Begitu juga sebaliknya.
      • linda 7 months ago
        bkn takut bersaing, tp cuba nak fikirkan cara yg terbaik untuk ibu bapa kite yg dah lama wat kerja, supaya mereka relax bila dah makin berumur ni.mmglah dikatakan BOLEH kerja 70thn, bkn ye MESTI...tp klau dah undang2 cam tu. bersamaan kite menggalakan golongan senior ni bekerja dr wat aktiviti lain.
      • dx 7 months ago
        Kalau difikir kenapa masih bekerja? Yang pilih untuk bekerja hingga 70 tahun itu mesti ada alasan dia.

        Kalau difikir apa untung mengaji orang 60+ tahun?Yang pilih untuk mengaji orang 70 tahun itu mesti ada alasan dia.

        Seorang yang masih digaji sehingga 60+ tahun itu pasti kerjanya bagus sehingga tidak dapat disaingi orang lebih muda. Ataupun gaji dia rendah.

        Dalam sistem ekonomi kita semua mengejar keuntungan maksimum, Semua ada peluang untuk untung asalkan tidak melanggar undang-undang.
      • BTR 7 months ago
        positfkan diri supaya jadi majikan pulak,tranformasikan minda kita kearah yg lebih hebat.
    • Ken_G  •  7 months ago
      sayangnya umur manusia semakin pendek setiap generasi.....
    • norhisham  •  7 months ago
      Govt tak state mesti keje smpi 70thn.yg masih nak atau mampu keje, keje jela....nak stop, stop jela.bukan mandatory kena smpi umur 70tahun....aduhai...
    • jimmyae101  •  7 months ago
      terpulang lah kepada masing2..yang nak kerja,kerja....yang tak nak kerja...bersara terpulang kepada majikan buat keputusan adakah pekerja tua boleh kerja lagi ke tak terpulang kepada apa kerja pekerja kerja..dari office ok,kalau driver boleh lagi selagi dia mampu,kalau dalam sektor pembaikan mesin,kenderaan berat muungkin pakcik tu tak mampu lagi..kerja guard ok...semuanya terpulang apa kerja tu...bahaya,risiko,senang,jaga....fikir lah kemampuan sendiri dulu sebelum kata kita yang muda mahu rampas kerja mu...
      • btw 7 months ago
        first time aku setuju dgn kamu jimmy..
    • Robin  •  7 months ago
      70 tahun pulak...pasni ada pulak bagi cadangan suruh lanjut sampai 100 tahun...
      • linda 7 months ago
        bkn 100 thn...tp sign contrak smpai mati...pendek kata hidup & mati dgn keja lah...hahaha
      • haddy 7 months ago
        bukan smpi mati......tapi sampai kiamat....
      • BTR 7 months ago
        Tak mustahil,sbb itu sesebuah negara mesti sentisa tingkat program kesihatan dan rakyat dpt menyumbang kpd negara.
        Walaupun kerja sendiri...
    • linda  •  7 months ago
      bila pulak nak lebihkn masa utk beribadat?????????smpai mati pun tak abis keja...ckup2 lah...bg lah yg muda tu lak wat keja. cubalah fikirkan cara cam ne kite nak tlg yg senior2 ni supaya memudahkan mereka mencari ilmu akhirat.dr duk bayar gaji dorg wat keja, baiklah duit tu peruntukkan utk mereka beramal ibadat dgn tenang,senang,selesa.......sedar2 lah...umah dah kata pergi Dan kubur dah panggil mari kemari....
      • BTR 7 months ago
        ALLAH beri masa 24jam/hari,so manage lah....maka dunia dan akhirat selesai.
      • John Brush 7 months ago
        keje tu ibadat le bodohhhhhhhhhhhhhhhhh...
    • Mohd  •  7 months ago
      TAK BERMINAT KEJA LEBIH DARI UMO 50
    • Saiful B  •  7 months ago
      Ni semua sedang dirancang sebab ramai pekerja swasta akan mencapai umur 55 tahun dan akibatnya adalah banyak wang akan dikeluarkan dari KWSP. So bagaimana nak hentikan ini daripada berlaku naikkan had umur bekerja. Dan ramai daripada mereka ni pun masih belum meletakan nama penerima jika berlaku kematian. So bila had umur bekerja dinaikan ramai akan berkata takpa ada masa lagi nak letak nama penerima so bila tiba2 meninggal. Duit tu dapat kat siapa. Ni semua plan Umporno tak cukup lagi duit rakyat di makan..ni duit titikpeluh diorang pun kamu nak sebat...memang dajjal lah UMPORNO. Kami nak duit kami bila mencapai umur 55 tahun itu duit kami..hangpa tok sah nak memandai.
    • Chong  •  7 months ago
      kalau lah kerja sampai 70 tahun,tak sempatlah i nak bazir kan wang simpanan i kat (KWSP)
    • SenyumKambing  •  7 months ago
      Inilah agenda "slavery by consent"
    • mr cool  •  7 months ago
      yang berniaga tak risau, yang kerja government tak perlu risau, penjawat korporat yang tinggi lagi tak perlu risau. Yang risau adalah kami pekerja swasta peringkat bawahan dan pertengahan yang boleh di katakan habis madu sepah di buang. Lepas umur 55 ada lagi kira-kira 20 tahun lebih yang kami perlu fikirkan.
      Ramai bagi pendapat, "ubah cara hidup dengan cara yang sesuai". Nak ubah macamana? Kos terbesar dalam hidup ialah rumah, pendidikan anak, kesihatan dan kereta. Semuanya menunjukkan trend kos menaik.
      Percaya lah, tiada siapa di antara pemimpin kita yang berminat untuk hal sara hidup rakyat rendah dan pertengahan selagi kaedah yang kalau ada menguntungkan dia orang baru menjadi.
    • TingK  •  7 months ago
      This is so pathetic, when getting retired at age 70, it is almost time to step in the box and get buried. A good country doesn't need to work till that old, the only reason is inflation and causing these peoples to work more to payoff their debts. I doubt majority Malaysians have already being enslaved by certain group of peoples.
    • Run Amok  •  7 months ago
      'Pendek kata, selagi belum tutup mata, kerja-kerja-kerja."
      Sempat ke? kalau mati, tak merasa la duit KWSP. Gamble sungguh! Brilliant idea.
      Meningkat ke kualiti kalau pekerja dah start uzur? boleh kejar dateline macam dulu ke?
      Habis fresh graduate yg nak kerja macamana? berapa panjang punya queue daaa...
    • Mohammad Ridzwan  •  7 months ago
      hahahaha.. makin lama masjid n surau makin sunyi laaa.....
    • Sham  •  7 months ago
      katakan start keje umur 23-70,so selama 43 tahun bekerja. Dalam jangkamasa tu,berapa byk graduan dilahirkan oleh IPT, orng yang berumur 50 tahun keatas dah memang malas wat keje,tgk la mana2 bahagian pun,baik kerajaan atau swasta,,
    • chung  •  7 months ago
      Kerajaan hdk ingat kpd " Senior Citizen " yg berumur 55 tahun sehingga 60 akan kurangan cukai pendapatan 50% dan umur 60 yg keatas ta akan nak bayar cukai kalau masih kerja....
    • stagong  •  7 months ago
      Terukkkkk.... Nak suruh orang keje sampai mati ke??? Mudah-mudahan EPF n Socso x approve... @pun bg pilihan...
    • Azhar  •  7 months ago
      MENGARUT !!!!
    • raja  •  7 months ago
      Good...golongan muda bertambah ramailah yang menganggur..medical claim pun bertambah...bolehlah panjang angan-angan ...
    • adil  •  7 months ago
      Ha! mungkin KWSP tiada wang nak bayar sebab tarik masa panjangkan lambat bayar, bukan semua rakyat boleh hidup sampai 70 thn, kalau ahli keluaga tidak tahu ada org tua ada KWSP atau masih bujang, tiada org mengeluarkan caruman untung lah KWSP, kalau macam tu lebih baik ahli caruman keluar duik simpanan lebih selamat, kerja penat2 nanti di hisap org dalam kwsp atau tambak lubang hutang....

    Most Popular

    • Army veterans do 'butt exercises' at Ambiga's house
      Army veterans do 'butt exercises' at Ambiga's house

      A group of retired armed forces personnel held ‘butt exercises’ in front of the residence of Bersih co-chairperson Ambiga Sreenevasan in Bukit Damansara early this morning.

    • Durian runtuh jadi tempoyak

      Projek memberi duit dari kerajaan Barisan Nasional telah dan sedang berjalan lancar. Ketika sekolah baru dibuka awal tahun ini ibu, ayah dan anak telah diberi 200 ringgit untuk membeli buku. Ini diikuti dengan pemberian 500 ringgit untuk keluarga yang berpendapatan … Continue reading →

    • Burger protest outside Ambiga’s home legal, say police
      Burger protest outside Ambiga’s home legal, say police

      KUALA LUMPUR, May 14 — Police will not act against traders who set up a burger stall in front of Datuk Ambiga Sreenevasan’s home on Thursday despite the Bersih chief claiming it was an invasion of her privacy.

    POLL
    Loading...
    Poll Choice Options