Memantau Kehidupan Dalam Talian Anda

Twitter

Twitter semakin hari semakin menjadi saluran utama bagi sesetengah pihak untuk mendapatkan berita penting, berhubung dengan rakan-taulan dan artis-artis terkenal — malah sesetengah pihak menggunakan twitter untuk bisnes mereka.
Selain dari menggunakan laman web www.twitter.com , ada banyak lagi aplikasi lain yang anda boleh gunakan untuk memantau senarai kenalan twitter anda. Aplikasi-aplikasi ini sudah bersedia untuk dimanfaatkan di depan komputer anda, malah tidak dilupakan telefon pintar anda turut boleh menggunakannya. Oleh itu, tidak timbul soal susahnya berkomunikasi kerana tidak kira anda di mana sahaja, anda boleh terus berhubung dengan akaun twitter anda.
Untuk edisi kali ini, Majalah Tech ingin mencadangkan beberapa aplikasi yang anda boleh gunakan untuk memantau senarai Twitter anda. Kami akan menampilkan aplikasi-aplikasi untuk Windows, Mac, Blackberry, Symbian, iOS, Android dan Windows Phone 7 yang kami rasakan sesuai untuk sistem operasi ini.
Windows


Tweetdeck desktop

Tweetdeck
-    Kini dimiliki oleh Twitter sendiri (sebelum ini menjadi aplikasi pihak ketiga), aplikasi ini masih menjadi pilihan ramai untuk memantau akaun Twitter mereka. Ia membenarkan anda memantau lebih dari satu akaun pada bila-bila masa, dan ianya tampak cantik jika terpampang di desktop anda.

echofon for windows

Echofon
-    Pada mulanya, aplikasi ini berasal sebagai satu tambahan untuk pelayar web Mozilla semata-mata, kini ianya mudah menjadi aplikasi sendiri yang boleh anda gunakan setiap hari. Selain mudah dikawal dan senang digunakan, antaramuka pada telefonnya juga memang terbaik seperti yang didapati pada iPhone/iPad anda — apa saja yang anda baca di desktop  boleh disambung di peranti iOS anda.

Metrotwit
Metrotwit
-    Jika anda sukakan rekebentuk antaramuka Windows yang baru, aplikasi ini sesuai untuk anda kerana selain daripada menggunakan idea rekabentuk Metro, ianya memang diakui sangat mudah digunakan dan sedap mata memandang.
Mac OSX


Twitter for mac

Twitter for Mac
-    Sudah semestinya, ia plikasi rasmi dari Twitter, ianya masih penuh dengan ciri-ciri yang anda inginkan untuk memantau senarai Twitter anda.  Anda juga boleh memantau lebih dari satu akaun dengan aplikasi ini.

Seesmic desktop

Seesmic
-    Jika anda perlukan aplikasi yang penuh dengan ciri-ciri dan juga kebolehan untuk memantau Facebook dan LinkedIn anda pada masa sama, Seesmic adalah pilihan yang dicadangkan. Terdapat untuk versi desktop  dan juga web disediakan, kesesuaiannya menjadikan Seesmic ideal untuk mereka yang inginkan informasi di mana sahaja, tidak kira masanya.
-
Tweetdeck Desktop Mac

Tweetdeck
-    Seperti versi Windows, versi untuk Mac juga membolehkan anda memantau akaun-akaun twitter anda dengan senang, dan juga membenarkan anda memilih apa yang anda ingin kongsikan dengan kenalan anda. Oops! Ia hanya boleh didapat melalui appstore Apple.

Blackberry

Ubersocial

UberSocial
-    Aplikasi Twitter nombor satu untuk Blackberry, UberSocial kni telah menjadi pilihan utama pengguna Blackberry untuk memantau akaun twitter mereka. Mudah dipakai, dan semua tweet baru yang dipos akan keluar sebagai notifikasi,  UberMedia telah menjadikan UberSocial sebagai pilihan terulung pengguna Blackberry

Twitter for Blackberry
Twitter for Blackberry
-    Twitter juga mempunyai aplikasi mereka tersendiri untuk platform Blackberry. Walaupun tidak sepenuh dengan fungsi seperti UberSocial, ianya masih cukup untuk membolehkan anda untuk sentiasa berhubung denagn rakan twitter anda

Socialscope
Socialscope
-    Kalau anda hendakkan sesuatu yang lain daripada lain, pakailah Socialscope. Kenapa? Bukan sahaja ia akan menunjukkan senarai twitter anda, ia juga akan menunjukkan kemaskini terbaru daripada akaun Facebook anda. Dengan hujung jari anda, anda boleh mengetahui segalanya.

Apple


Echofon for iOS
Echofon
-    Salah satu daripada aplikasi pertama di dalam iOS untuk twitter, ianya telah melalui pelbagai perubahan ke versi yang terkini. Fungsi yang ada termasuk pemantauan pelbagai akaun, selaras automatik  dengan aplikasi desktop dan sebagainya. Komen kami, amat bagus.

Twitter for iOS

Twitter for iOS
-    Twitter tidak mahu terlupa untuk berada di dalam platform yang kuat bersosial maka Twitter untuk iOS telah dibina. Menampilkan apa yang anda inginkan di dalam aplikasi twitter termasuk RT, menambah gambar ke tweet anda dan juga mengawal lebih dari satu akaun, ianya sesuai untuk mereka yang inginkan ala kadar.

Twitteriffic

Twitterific
-    Pemenang anugerah "Twitter Client of the Year"  dari www.macworld.com aplikasi yang mudah digunakan ini penuh dengan fungsi-fungsi yang memudahkan anda memantau akaun twitter anda. Ianya juga mempunyai pelayar web terbina dalam, dan juga boleh mengakses mesej-mesej anda dengan mudah — paling best, ianya juga percuma!

Android
Plume

Plume
-    Aplikasi ini menjadi pilihan ramai pengguna Android kerana mudah digunakan, tampak cantik dan penuh dengan fungsi-fungsi yang diperlukan. Dikenali sebagai Touiteur sebelum ini, yang bagus tentang aplikasi ini ialah anda boleh menentukan warna pilihan untuk sesiapa sahaja. Senang hendak mengikut perbualan

Tweetdeck Android


Tweetdeck
-    Tweetdeck juga ada untuk platform Android. Selepas dibeli oleh Twitter, kini kesemua platform mempunyai rupa yang sama, fungsi-fungsi yang sama dan juga cara penggunaan yang sama. Ini kerana jika anda hendak menukar platform, ianya boleh dilakukan dengan senang, tanpa perlu belajar benda yang baru
-

twicca


twicca
-    ini adalah aplikasi twitter yang dibangunkan dari negara matahari terbit-Jepun. Ringan untuk memori telefon anda, tapi pada masa sama ia juga unik kerana anda boleh meluaskan kegunaan aplikasi ini dengan plugins yang termasuk untuk twitpic, untuk menterjemah tweet dan banyak lag — yang boleh dijumpai di Android Marketplace
-
Windows Phone 7


Rowi

Rowi
-    Untuk mereka yang menggunakan Windows Phone 7, Rowi adalah aplikasi twitter yang mungkin sesuai untuk anda. Aplikasi ini akan mengemaskinikan live tile¬nya di muka depan skrin telefon anda. Ianya juga senang digunakan. Percuma untuk digunakan!

Motweets

MoTweets
-    Jika anda ingin memantau akaun Twitter dan juga akaun Facebook anda di Windows Phone 7, moTweet. Anda boleh dengan senang memantau kawan-kawan anda dan juga terus menulis update dari live tile tanpa perlu masuk ke dalam aplikasi ini

Beezz

Beez
-    Untuk mereka yang hanya ingin memantau akaun Twitter mereka, Beezz adalah pilihan yang terbaik kerana ianya sangat senang untuk digunakan dan dimuat-turun ke telefon anda. Ianya juga mempunyai fungsi notifikasi apabila anda menerima tweet baru dari rakan anda

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.