Pengunjung gerai U.O.X bergembira memenangi hadiah
Xpax, jenama pra-bayar bagi Celcom Axiata Berhad yang mempersonifikasikan kegirangan remaja di bandar, dengan bangganya mengumumkan pelan barunya - University of Xpax (U.O.X). Pelan U.O.X ini membenarkan pelajar-pelajar menikmati dengan percuma Panggilan Suara, Panggilan Video, SMS, dan juga MMS kepada mana-mana nombor Celcom yang lain jika mereka menggunakan kredit minima sebanyak RM3 sehari, sebelum 12am.
Bercakap mengenai pek permulaan pra-bayar U.O.X baru-baru ini, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata: "U.O.X memberikan ganjaran kepada remaja dengan memperkenalkan servis prabayar mudah-alih yang terbaik. Di samping menikmati tawaran dan juga penjimatan yang hebat, mereka juga dapat menikmati liputan yang terluas dan paling stabil dengan Kawasan Celcom - tidak kira bagi suara, video, emel, musik, melayari internet atau MMS. Pelan U.O.X adalah amat unik kerana ia direka khusus bagi kegunaan pelajar universiti. Kami memahami bahawa pelajar universiti amat aktif menggunakan rangkaian pada waktu malam. In kerana mereka perlu berhubung dengan rakan sekelas mereka bagi membincang hal-hal pengajian pada waktu malam kerana terlalu sibuk dengan sesi-sesi kelas pada siang hari. Jadi, pelan ini memang sesuai bagi mereka."
U.O.X boleh didapati secara ekslusif di semua cawangan Celcom, Blue Cube dan juga pameran U.O.X di kampus terpilih pada harga RM8.50. Pelanggan U.O.X sekarang hanya perlu menaip MIG NEWUOX dan menghantarnya kepada 28882 untuk berpindah kepada pelan U.O.X yang baru.
Bersempena pelancaran pelan baru U.O.X ini, Xpax dengan bangganya memberikan edisi ke-enam pertandingan terunggul musik dan tarian yang bertema "U.O.X Crash 2012". U.O.X Crash 2012 akan membuat lawatan ke 25 kolej terpilih dari 16 Mei hingga 2 Jun 2012. Semua pelanggan U.O.X dan Xpax dijemput datang dan digalakkan menikmati malam yang amat hebat ini.
U.O.X Crash 2012 akan menampilkan "BATTLE CHALLENGE" sebagai tema utamanya dan mempunyai dua kategori iaitu pertandingan tarian dan "Battle of the Bands". Pasukan yang layak ke Pusingan Terakhir, yang akan diadakan pada 23 Jun 2012 di Kuala Lumpur, akan berentap bagi merebut hadiah wang tunai. Pemenang juga akan mendapat layanan VIP pada MTV World Stage Concert.
By 