Advertisement

Mencari Mutiara Hitam – Ninetology Black Pearl i7400

Dimensi: 124 x 63.5 x 11 mm
Berat: 110g
Prosessor: 1 GHz BCM21552G
Memori: 512MB
Storan: 170MB boleh ditambah sehingga 32GB menggunakan kad SD
Sistem Operasi: Android
Paparan: 4-inch 480 x 800 WVGA
Sambungan: SIM 1: GSM/WCDMA; SIM 2: GSM
Port: USB 2.0, Headphone jack

Nilai: 8 /10
Ciri-ciri: 8 /10
Prestasi: 7 /10
Rekaan: 8 /10
Penggunaan: 6 /10

Quadrant Standard: 631

Hasil Ujian: Ada fungsi yang baik, tapi ada juga yang kurang bagus.

Skor: 7.4/10

Pengeluar telefon tempatan Ninetology mula menunjukkan taring mereka di dalam pasaran tempatan. Tak pernah dengar mengenai mereka? Tak apa, kami pun. Tapi bagus juga dapat menguji telefon tanpa dipengaruhi oleh jenamanya. Kotak telefon ini kelihatan menarik dan ia sepatutnya model kemasukan. Jadi dengan itu mari kita mengujinya.

Binaan

Membuka i7400 dari kotaknya, saya agak kagum dengan luarannya. Tepi yang bulat adalah biasa dilihat dalam telefon pintar moden dan bahagian depan hitam kelihatan seperti kamu membeli telefon yang berkualiti. Penutup bateri matte juga selesa dipegang, memberikan lebih cengkaman. Ia juga terasa nipis tanpa terasa nak patah. Walaupun begitu ia juga agak berat bermakna ia sentiasa seperti nak terjatuh dari tangan saya.

Sudut Paparan

Paparannya juga agak bagus. Ia mempunyai sudut paparan yang luas, dan juga gambar yang terang dan jelas dan penuh warna. Dengan Android 2.3 ia masih kelihatan hebat. Dari segi skrin saja, ramai mungkin akan tersilap telefon ini dengan telefon yang lagi mahal. Dari segi ini, skrin ini menarik perhatian orang dari dalaman yang agak lemah dan juga memakan banyak kuasa pemproses. Ini adalah paradoks bagi i7400

Ujian Prestasi

Walaupun paparannya nampak hebat dan mengagumkan, pengalaman menggunakannya agak berlainan. Ada kelembapan yang ketara apabila kami menatal menu dan juga ia makin lembab lebih banyak aplikasi dimasukkan. Penanda aras Quadrant Standard memberikan hanya 631 markah, yang amat rendah bagi sesuatu peranti elektronik. Beberapa aplikasi terus tertutup tanpa boleh dilarikan. Peliknya, aplikasi yang dapat dilarikan tidak mempunyai apa masalah kecuali kelembapan. Ini mungkin kerana i7400 menggunakan cipset kelas bawah yang agak mengacau pengalaman yang lancar ketika menggunakannya.

Mengambil gambar

Walaupun prestasi telefon ini agak lembab, i7400 masih mempunyai fungsi kamera yang bagus. Malah ini membuatkan saya sukar mengklasifikasikan telefon ini. Saya tak boleh kata telefon ini lemah kerana ia mempunyai paparan yang hebat dan kameranya tidak dapat ditandingi untuk harga sebegini. Dari segi yang lain, saya tak rasa saya ingin mengesyorkan telefon ini kerana prestasi yang lemah. Ia tak mampu membuat kerja yang diharapkan oleh telefon pintar. Orang yang suka menggunakan Facebook pastu menyukakan kamera dan harganya. Tapi mereka yang mengharapkan lebih pasti akan kecewa. Saya ingin tahu kenapa i7400 direka sebegini.