Microsoft Surface Pro Disukai dan Dicemuhi Oleh Pelbagai Pihak

Microsoft Surface adalah tablet pertama Microsoft untuk pasaran komputer peribadi. Walaupun mereka telah mencuba membina tablet mereka sebelum ini, ianya selalunya dibina dengan bantuan rakan komputer mereka.

Produk komputer pertama Microsoft ini telah dilancarkan pada awal bulan Februari, dan kini telah berada di dalam tangan pengguna di beberapa pasaran tertentu (Malaysia belum lagi ke Microsoft?)

Surface Pro kini telah di-rebiu oleh beberapa laman web terkemuka di internet, dan secara puratanya, mereka sukakan produk ini, akan tetapi mereka rasakan produk ini banyak kekurangan dari kelebihan untuk pengguna.

Sementara menunggu Microsoft Surface Pro hadir ke pasaran Malaysia, kami ingin meletakkan beberapa contoh rebiu yang telah dilaksanakan oleh laman-laman web yang lain: