Advertisement

Minah kacukan Inggeris berniaga Masak Lemak Cili Api di USJ4

Mungkin orang putih tidak pandai masak lemak cili api tetapi bagaimanakah jika anda berdarah kacukan? Besar kemungkinan ada harapan anda akan berjaya masak lauk minang ini sehingga mendapat sambutan panas di Pasar Ramadan.

Jika anda berkunjung ke pasar Ramadan di USJ4, Subang Jaya luangkan masa untuk melawat gerai bernama Waris Mungkal. Gerai ini baru bertapak dipasar Ramadan USJ4 boleh mencabar gerai lauk pauk yang lain dengan menyediakan masakan lemak cili api yang sungguh menyelerakan. Itu sahaja yang dijualnya.

Yang menariknya, gerai ini hanya dipenuhi dengan kuali besar penuh dengan didihan lemak kuning lauk kegemaran Negari Sembilan.

Tukang masak kacukan Inggeris dan Jawa ini berusia 21 tahun dan berjaya belajar memasak dari emak mertuanya yang berasal dari Negeri Sembilan. Oleh kerana masak lemak ini mempunyai ciri-ciri yang agak 'sensitif' dan cepat basi kerana menggunakan santan yang banyak, beliau terpaksa masak lauk ini ditapak gerai dan bukannya di rumah.

Hasilnya? Masakan lemak cili api ini memang 'fresh' dan sungguh menyelerakan seperti dirumah. Masakan beliau tidak berapa pedas dan manis sedikit, sedap bersama setanak nasi. Juadah masak lemak yang dijual termasuk balitong, daging dan ayam salai. Tetapi masakan beliau yang paling laris ialah masak lemak pucuk herba yang habis sekitar pukul 4.30petang.

Di gerai ini, siapa cepat dialah dapat ...

FriedChillies Food Network adalah channel masakan (Food Channel) pertama Malaysia di UNIFI- HyppTV saluran 838. Pelbagai rancangan masakan menarik disediakan untuk bulan ramadan ini. Layarilah www.friedchillies.tv