Misteri Banglo Kucing

  • Putrajaya tells Dong Zong to adapt for UEC approval
    Putrajaya tells Dong Zong to adapt for UEC approval

    PUTRAJAYA, May 21 – The United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong) must be “prepared to make changes” and meet conditions set by the Ministry of Education if the Unified Examination Certificate (UEC) is to be recognised, the government said today.

  • MACC panel wants ministers, MBs, banned from government projects
    MACC panel wants ministers, MBs, banned from government projects

    KUALA LUMPUR, May 21 – The MACC’s Consultation and Corruption Prevention Panel (CCPP) proposed today that all government administrators and their family members at both federal and state levels be barred from bidding for government projects.

  • After elections, Najib has serious economic concerns on his plate
    After elections, Najib has serious economic concerns on his plate

    KUALA LUMPUR, May 21 — Datuk Seri Najib Razak’s newly re-elected Barisan Nasional (BN) government faces what the Financial Times today called the serious economic problem of weakening exports.

  • Adam's father gets to meet him at Jinjang lockup
    Adam's father gets to meet him at Jinjang lockup

    Adam Adli Abdul Halim has been subjected to interrogation for two days in a row and was not even given a pillow or a blanket to sleep, said lawyer Fadiah Nadwa Fikri, who visited student activist today.

  • Ambiga, Bersih crew to pass baton to new leadership soon
    Ambiga, Bersih crew to pass baton to new leadership soon

    KUALA LUMPUR, May 21 — Datuk Ambiga Sreenevasan and the rest of Bersih 2.0’s 20-member steering committee are soon expected to relinquish their posts to make way for new blood in the leadership of the polls watchdog movement.

Pengulas: Uthaya Sankar SB

16 JUN – Bayangkan senario ini: Anda seorang polis berumur hampir 30 tahun, ketinggian 183 sentimeter, berwajah kebudak-budakan dan iras wajah lembut. Anda masih bujang, pemalu dan boleh pengsan jika melihat darah.

Anda sedang berbaring di tingkat atas katil dua tingkat yang sempit di dalam sebuah kereta api dari Nagasaki, Jepun menuju ke Tokyo. Sekitar pukul 1:00 tengah malam, tiba-tiba muncul seorang penumpang wanita dalam lingkungan umur awal 20-an dan memakai skirt berwarna biru. Walaupun tidaklah secantik bidadari, dia tetap comel.

Bayangkan juga bahawa apabila anda bangun pada sebelah pagi, kereta api sudah sampai di stesen Toyohashi dan wanita berkenaan yang pada malam tadi “bergerak sepantas kucing” sudah tidak kelihatan. Lebih membingungkan apabila pemeriksa tiket mengesahkan bahawa memang tidak ada penumpang di tempat duduk bawah itu.

Demikian bahagian prolog “Misteri Banglo Kucing” (2011) iaitu novel misteri ketiga karya pengarang Jepun, Jiro Akagawa yang menampilkan seekor kucing triwarna yang membantu pegawai polis tadi – Yoshitaro Katayama – menyelesaikan pelbagai kes penuh misteri.

Novel pertama dalam siri ini, “Pembunuhan di Universiti Hagoromo” (2010) telah saya baca apabila menerimanya sebagai hadiah daripada penerbit sempena Pesta Buku Negeri Selangor pada 4 Julai 2010. Kehebatan kisah penyiasatan penuh misteri berterusan dalam buku kedua berjudul “Misteri Pembunuhan Sawako” (2011).

Katayama ditampilkan sebagai seorang peminat novel penyiasatan dan pemuda itu cuba mengaplikasi minat berkenaan dalam penyiasatan pelbagai kes. Wira (atau wirawati) sebenar adalah Homuzu, seekor kucing betina triwarna di mana hampir kesemua bahagian belakangnya berwarna perang dan hitam; perutnya putih; manakala kaki kanan depannya berwarna hitam tetapi kaki kirinya berwarna putih.

Saya pernah menulis komen mengenai novel pertama dalam siri ini dengan tajuk “Novel Berhantu” (The Malaysian Insider, 28 Mac 2011). Sukacita saya melaporkan bahawa kelemahan bahasa serta pelbagai komen lain yang saya berikan telah diberi perhatian serius oleh One Nusantara Sdn Bhd secara positif. Hasilnya adalah siri novel penyiasatan Jepun yang seronok dibaca dalam Bahasa Malaysia yang betul dan berwibawa.

Jiro Akagawa lahir pada 29 Februari 1948 (tahun lompat) dan menjadi novelis sepenuh masa sejak berusia 28 tahun. Beliau khabarnya menghasilkan sekitar 15 novel setahun dan kebanyakan karyanya dijadikan cerita animasi, selain diadaptasi ke filem. Beliau pasti sahaja antara novelis paling berjaya dan penerima royalti paling tinggi di Jepun.

Berbalik pada “Misteri Banglo Kucing”, selain menampilkan kisah penyiasatan dan misteri, novel ini juga membantu pembaca untuk mengenali budaya dan cara hidup moden penduduk di Negara Matahari Terbit.

Novel setebal 300 halaman ini terdiri daripada empat bab bertajuk “Kucing Putih”, “Kucing Merah”, “Hantu Kucing” dan “Kucing Jelitawan”. Setiap bab pula dibahagikan kepada empat hingga tujuh bahagian. Bahagian-bahagian itu seterusnya dipecahkan menjadi beberapa babak/adegan; sekali gus membuatkan proses pembacaan amat lancar dan tidak kelihatan terlalu panjang/lama.

Sekiranya anda – atau anak-anak anda – kurang gemar membaca, jadikan sahaja “Siri Kucing Triwarna” sebagai hadiah istimewa. Saya yakin bahawa Homuzu – selain Yoshitaro, Harumi dan watak-watak lain – akan berjaya menimbulkan minat membaca secara penuh misteri!

 

 

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.