Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi

    Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

    Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

    "Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

    Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

    Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.

    "Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923)," dakwa sumber-sumber.

    Dr Asri: Hati-hari sokong parti kerajaan

    Seorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber.

    Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu.

    Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti “ terorisme agama ” dalam taklimat anti-keganasan anjuran pihak polis.

    Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini "orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis".

    Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno - antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan - juga boleh disenaraikan.

    "Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan," sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.

    'Tolak juga fahaman tak demokratik'

    Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ( kiri ) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.

    "Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?

    "Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris," katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.

    Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.

    Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu - merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agama - hendaklah ditolak seluruh umat Islam.

    "Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat.

    "Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

    How do you feel about this article?

     

    65 comments

    • Kamal Montil  •  10 months ago
      Besar sangatkah pengaruh Wahabi ni?Kalau betul ada yang terlibat,tangkap ajalah! Apa tunggu lagi.Orang pergi Mekah dan sembahyang di Masjidil Haram masih tetap berimamkan puak puak Wahabi ni. Saya rasa para ulamak sekarang ni patut risau tentang gejala sosial yang semakin meningkat sekarang ini yg melibatkan orang Islam. Concert dan kelab kelab hiburan bersepah sana sini, macam cendawan tumbuh lepas hujan.Ini yg patut difikirkan bagaimana hendak mencegah nya.Masjid yg indah dan catik dibina sana sini tetepi pengunjungan hanya penuh hari Jumaat, macam mana nak menarik orang bejemaah dimasjid masjid ini?Saya rasa banyak perkara lain yg Para Ulamak patut diambil perhatian dan tindakan segera patut dambil.
      • ben 10 months ago
        .. mereka ini ibarat gunting dalam lipatan... Tidak semestinya Imam Masjidil-haram itu berfahaman wahabbi (gelaran yang di beri oleh kaum tua ahli sunnah wal jamaah) atau berfahaman salafiah (gelaran yang di gunakan di kalangan mereka) .. Pengasas awal mereka ialah Ibn Taimiah (dizaman akhir hayat beliau apabila beliau mula memberikan fatwa berbeza dari gulongan ahli sunnah wal jammah zaman beliau - lihat travelog ibn Batuta) kemudian di popularkan oleh Ibn Saud (bantuan kewangan dan ketenteraan) dengan bimbingan Ahmad bin Abdul Wahhab (Fatwa dan hukum) pada awal tahun 1900, selepas itu terlahirlah Negara Arab milik Saud atau Saudi Arabia...
        Kitab-kitab awal dan fatwa awal Ibn Taimiah selari dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah, terutama pada zaman ayah beliau masih hidup, walau bagai mana pun apabila sudah menjadi popular , ianya mula menyimpang.. (sila cari dalam kitab-kitab Ulama muktabar Melayu seperti antaranya Tok Kenali, Abdullah Fahim dan Imam Nawawi al Banteni.. )
        Fahaman mereka berkembang secara sulit pada zaman tersebut, setelah minyak di jumpai di bawah naungan Amerika mereka menjadi lebih galak dengan membiayai institusi-institusi pengajian Islam seluruh dunia.
        Antara penyokong dan pendokong awal fahaman ini ialah Lawrence of Arabia..
        Perkara ini amat susah untuk di benteras kerana mereka bersifat seperti sumpah sumpit... dan boleh menjadi dormant seperti gunung berapi apabila terdapat masalah dalam mengembangkan fahaman mereka.
        Antara product dari fahaman mereka setelah lebih 100 tahun di amal ialah majoriti generasi arab sekarang yang menjadi bahan tertawa dan hinaan manusia seluruh dunia.
      • pang 10 months ago
        dalam dunia ni,negara apa yg pakai nama org? Kingdom of saudi arabia la. Arab saudi masa zaman otoman empire tak pakai pun nama saudi. Tapi bila si dajal british dah tumbangkan empayar uthmaniah dgn bantuan keluarga saud ni, dia letak le keluarga saud ni jd raja, sampai ler skang.
        sumenye jd boneka british,u.s, israel ikut telunjuk dorang. Syurga di dunia kaya raya, deal jual myk dgn dorang.
        tgu je nanti imam mahdi muncul dan kemudian akan wujudlah khilafah semula. tk lama dah kot.dah akhir zaman dah ni. semua tanda2 dah ada pun. bangunan tinggi, wanita pakai mcm laki, wanita pakai baju tp mcm bogel, dan sebagainye.
        try baca buku jerusalem in the Quran, oleh Sheikh Imran N. Hossein. mungkin dpt gambaran yg lebih jelas mengenai dunia akhir zaman ni.
        Sekadar kongsi cerita dari buku dia je ni, sori if ada tersinggung mana2 pihak.
      • Drugall 10 months ago
        aku setuju dgn pang.....
    • Putera Merdeka  •  10 months ago
      ADOI MACAN2 TIMBUL, ISU2 AGAMA X PERLU DIBINCANG KAT SINI KERANA IA AKAN MEMECAHKAN UMMAH.............
      • MELALEUCA - ALTERNIFOLIA 10 months ago
        sabar je lah......
      • Fadzad 10 months ago
        to whom it may concern: "permudahkan jgn meyusahkan, menyenangkan jangan mengelirukan"
        Putera merdeka & hantu burung hantu, anda patut tahu siapa yang suka meng"konfius"kan kita dewasa ini. Keberanian Dr. tu memang dipuji tapi impak harus juga diambil kira, samada ia menenangkan atau meresahkan kita semua.
      • Ruslin Andy 10 months ago
        bkn isu AGAMA yg pecah belahkan UMMAH ...tp POLITIK ala SEKULAR DEMOKRASI kononyalah yg d lagangkan BARAT YAHUDI (FREMASONARY) itulah yg INTI PATI PEMECAH BELAH UMMAH (MANUSIA sluruh DUNIA)....faham!
    • Hot Rod  •  10 months ago
      Fahaman wahabi ni bahaya sangat ke? Ada bahaya mcm Ayah Pin tak? Setau aku kerajaan Arab Saudi memang pegang fahaman ni. So far tak nampak plak bahayanya. Org still p haji & umrah ke sana selamat je.
      • Dam 10 months ago
        betul....tu....
      • Fadzad 10 months ago
        Hot rod & Dam, putaside bahaya atau tidak tetapi dr asri & wahabi telah menyebabkan stress & tense, suka mencetus polemik.Mengajar muslimin menjadi rebel, mempertikai itu ini, provoking dsbnya, yahoo news ni pun sama je.

        Islam tak semestinya Arab, Arab tak semestinya islam. Menurut aku, kamu berpendapat Mekah & Madinah tu Arab yang punyalah ye? Ia benar dari segi geografi tapi tidak benar dr segi kesejagatan Islam.

        Sampai sekarang aku tak setuju, depa buat menara jam besar2 kat mukarramah tu. Hal ini mereka patut belajar dari kristian, Italy tak pernah masuk campur hal2 vatican, kamu setuju? Orang arab mudah lupa.
      • Free Style haha... 10 months ago
        dan mereka berimamkan org bernazhab tu jugak iaitu Imam mekah..ada bran ke nak kata mereka sesat?
    • Tok Kia  •  10 months ago
      finatik umno paling bahaya ............................... kecilkan hukum ALLAH .
      • pancolekhangek 10 months ago
        right on the dot!!!!
      • MELALEUCA - ALTERNIFOLIA 10 months ago
        FANATIK PAS LAGI TERUK!!TALAM BERMUKA-MUKA!P.K PAS JE YANG BETUL...PERASAN!APE PN X BOLEH LA...LU P.K LAH SENDIRI APE YANG PARTI KORANG2 NI DAH BUAT!kate je parti islam tp ape jd kat orng islam kat kelantan,p.pinag,selangor,HANCUR ORANG MELAYU ORANG ISLAM...mmg perosak negara korang nih!!bile ketua ckap sikit d kira FATWA...2 yg lagi BAHAYA!!!
        PUNAH ORANG MELAYU ORANG ISLAM D BUAT NYER.....P.K LA LU.....
        WA PUNYA JENIS...SEMUA WA BAGI X KIRA KERAJAAN KA PEMBANGKANG TEMBERANG KA...WA MESTI KASI PUNYA.....
        x semua orang PAS mati masuk syurga juga...x semua orang UMNO mati masuk syurga juga...dalam al-quran xda sebut ini semua....MEMANG BAHAYA PAS PAK TURUT NIH.........................................................aminnnnnnn
      • MELALEUCA - ALTERNIFOLIA 10 months ago
        taubat lah wei........usia makin tua,dunia ni lagi lah makin tua
        siap sediakan lah amal ibadat 2...............dah bsedia ka blm....
        jgan asik cari dosa aje....pikir2 kanlah weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
    • pancolekhangek  •  10 months ago
      Wah pandai betul alihkan perhatian orang ramai!!! Harga barang-barang keperluan makin hari makin naik. Ni bulan Ramadhan lagilah naik!! Ini lagi bahaya ooi. Orang miskin boleh kebulur. Wahabike, Yahudike, apa kisah sangat, macamlah benda tu yang menaikkan harga barangan. Carilah isu lain kalau nak menipu pun!!!
      • MELALEUCA - ALTERNIFOLIA 10 months ago
        takut harga barang naik,buat lah sendiri barang tuh....huhuhu
      • Drugall 10 months ago
        hantu punya burung

        kau ni cakap apa hhaaa.......tempeleng kang.....bapak awak yg ajar ke...geli laaaa....
      • Aidilazer 10 months ago
        Komen yang dah selalu sangat kita dengar.

        1) "Kalau kau nak cakap KTMB tu lembab, ko pergi la buat keretapi sendiri!"
        2) "Kalau kau cakap Malaysia ni teruk, ko pergila pindah negara lain!".
        3) "Kalau kau nak cakap filem KRU tu teruk, kau cuba lah buat filem sendiri!"
    • Sharifah Ainon Alhabshi  •  10 months ago
      Orang ISLAM dah dianggap ganas, malah seluruh DUNIA berjaga2 jangan ada ANASIR jahat didlm negara mereka. Ini mengapa kita pulak boleh berjinak2 dengan dahyah2 NEGATIF ini.Kita baru saja nak BELA nasib rakyat dengan membaik pulih EKONOMI kita yg sedang semput ini. Tak habis2 SENGKETA tetapi MENANGnya tak ada tetapi BEBAN yg akan TIMBUL. Hal "racist" diambang pintu lagi,ni datang pulak FAHAMAN yg boleh menyesatkan semua. Kalau sekarang sekarang tersimpul, semakin KUSUT. Mana satu yg perlu diselesaikan, semua ini kena mengena dgn RAKYAT. Org berilmu sapatutnya "KHASHAF" tentang hal buruk baik dan AKIBATnya. Kalau buta warna kita masih boleh maafkan, ini benar2 BUTA HATI.
    • Amal  •  10 months ago
      Ini semua perbalahan diantara ulama pondok dengan ulama wahabi. Tapi wahabi itu ada juga yang betul dan ulama pondok juga ada yang betul. Jika kita mengkafirkan antara satu sama lain barulah terkeluar dari sunnah wal jamaah, tidak kira sama ada dia dari pondok atau wahabi. Kerana golongan sunnah wal jamaah adalah satu golongan ramai dari orang islam. Sudahlah, marilah semua jemaah berdamai dan berbaik sangka sesama sendiri. Kita utamakan perpaduan sesama islam lebih dari kumpulan sendiri. Ikhlaskan amalan hanya kerana Allah. Bukan kerana kumpulan sendiri.
    • Azran  •  10 months ago
      masa dr asri berjawat mufti perlis, bukan main umno jilat punggok beliau....lani umno bukan main dok meludah dkt prof dr maza. semata-mata beliau condong kearah pakatan rakyat. nngok punya umnok.
    • Al Capone  •  10 months ago
      Bersiaplah sedialah ....PRU13 dah dekat...
    • Insan_Jelak  •  10 months ago
      Assalamu'alaikum semua. Ni lah yang dikatakan 'Juara' memecah belahkan rakyat Malaysia. Malaysiakini, MalaysianInsider tak habis2 lagi menghuru-harakan dan memporak-perandakan Malaysia. Hanya manusia yang BODOH sahaja mempercayai berita-berita yang disiarkan bulat-bulat. Orang-orang melayu semua, cukup2 lah jadi bodoh dan dilaga-lagakan oleh ---- dibalik tabir.
    • ai consult  •  10 months ago
      SALAM KAWAN2...
      DIA DA MULA DAH... X HABIS2 NAK HURU HARAKAN KITA ORANG ISLAM DENGAN GUNAKAN KUASA MEDIA NI...
      HATI2 KAWAN2.... INGAT PESAN SAYA...
      YAHOOOOOOO IS YAHOOOOOOODIIII....
    • Ashley  •  10 months ago
      @Hot Rod, sebab ko tak luas pemandangan and jauh perjalanan... Sebab tu ko tak tahu...Hanya guna logic inductive dari bilik tandas ajer... Bangun dari tidur... sedar2 lah sikit...
    • 1985  •  10 months ago
      mana datang nye semua ni?yahoo ni kadang2 bengong gak....since malaysia bserabut ngan bersih lg yahoo ni mcm2 timbulkan isu.pelik pelik
    • Bersih  •  10 months ago
      Patut Prof Dr Asri ni yg kena ganti Mej Jen Dato Seri Jamil Khir. Berani menjawab permasalahan agama. Berkeyakinan tinggi, berpendidikan tinggi, berkarisma dan ikhlas. Org mcm ni dia x takut kat sapa2...kecuali Allah SW.T. Najib kena amik dia jd menteri..(tu pun kalau dia nak??) Ada menteri pun xleh nak wat ape...baik letak kayu je atas kerusi tu.
    • Orang BALING  •  10 months ago
      Sah! UMNO memang komunis. Komunis memang tak percayakan Tuhan. Menghapuskan tokoh-tokoh agama memang agenda komunis. Sikit hari lagi, ramai lah ulama di tangkap bawah ISA. Sesiapa yang menyokong mereka, selamat.
    • atan gila  •  10 months ago
      PENGIKUT ABDUL WAHAB KOT.....

      Tolong ustaz-ustaz bagi komen apa itu WAHABI?
    • Dam  •  10 months ago
      ISLAM agama yang cantik........................
    • Bhen  •  10 months ago
      Siap! Sesiapa yang berani mencabar kewibawaan UMNO akan ada balasannya dari mereka. Saya masih teringat komen pedas oleh Asri supaya menolak politik kotor UMNO beberapa bulan yang lalu. Kini mereka beralih pandangan kepada Asri selepas Anwar. Entah siapa pula selepas ini yang akan menjadi mangsa FITNAH Politik Kotor UMNO? Mereka akan cuba 'membunuh' mangsa seorang demi seorang.
    • Mujaheed  •  10 months ago
      Kalau dah tak ikut UMON semua nya di label penganas!!! biasa lah tu.
    • anon  •  10 months ago
      mana lagi bahaya, wahabi atau umporno???

    Most Popular

    • Anwar claims symbolic win after former prosecutor joins legal team
      Anwar claims symbolic win after former prosecutor joins legal team

      KUALA LUMPUR, May 22 — Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim claimed a symbolic victory today in having the man who unsuccessfully prosecuted him for sodomy join his legal team to defend an illegal assembly charge, pointing out that someone who was in government did not want to be a part of what he called the “dirtiness”.

    • Manji: Allah made gays and lesbians, too
      Manji: Allah made gays and lesbians, too

      INTERVIEW Unapologetic for her defence of the gay and lesbian lifestyle, controversial liberal-Islam author Irshad Manji has challenged critics to explain how Allah in all His glory could have made “misfits or abominations”.                

    • To cut costs, MAS offers staff 2 years’ unpaid leave

      By Jahabar SadiqEditor KUALA LUMPUR, May 22 — Malaysia Airlines (MAS) has offered a maximum of two years of unpaid leave to its Malaysia-based employees as the flag carrier works out strategies to cut costs and seek RM6 billion to fund a re-fleeting programme after losing RM2.52 billion last year and aborting a share swap with competitor AirAsia.

    POLL
    Loading...
    Poll Choice Options