MOZAMBIQUE LOOKS TO MIGHT FOR SETTING UP ITS OWN UNIT

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Delegasi Mozambique yang diketuai Menteri

Sains dan Teknologi Prof. Dr Eng Venâncio Simão Massingue, tiba hari ini dengan

harapan untuk mendapatkan kepakaran Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi

Teknologi Tinggi (MIGHT) untuk menubuhkan yang sama serta Majlis Penyelidikan

Saintifik Industri (ISRC).

Perbincangan dipengerusikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT,

Mohd Yusoff Sulaiman.

Taklimat mengenai pembentukan dan pembangunan MIGHT juga disampaikan kepada

delegasi yang termasuk Duta Besar Mozambique ke Indonesia, Leopoldina Massingue

dan Carlos Agostinho Do Rosario yang merupakan pengarah serantau Pusat Sains dan

Teknologi Mozambique.

Pada taklimat itu, Mohd Yusoff berkata pembabitan berterusan dalam industri

dan maklum balas mengenai aspirasi teknologi tinggi kerajaan dalam pelbagai

sektor yang telah dibantu MIGHT untuk berkembang sejak 19 tahun lepas, merupakan

kunci kejayaan usaha sama awam swasta yang usahakan oleh MIGHT.

Pertemuan dua jam itu berakhir dengan dua pegawai kanan Mozambique

ditempatkan untuk menjalani latihan di MIGHT selama tiga bulan, kata kenyataan

MIGHT hari ini,

Kerajaan Mozambique juga memuktamadkan proses persediaan dengan mengadakan

persidangan pada suku pertama 2013 yang memberi tumpuan ke atas usaha sama

Mozambique-Malaysia dalam membangukan teknologi tinggi bagi kedua-dua negara.

"Kami memperakui mengenai perlunya untuk mewujudkan entiti yang sama seperti

MIGHT bagi menghubungkan semua peserta untuk menggerakkan pelan kami dengan

berkesan," kata Massingue.

"Menerusi platform Dialog Antarabangsa Langkawi, kami menyedari bahawa

Mozambique boleh belajar dari Malaysia yang mempunyai platform yang unik ini

yang sudah beroperasi selama hampir dua dekad," katanya.

Mohd Yusoff berkata: "Kami sangat bangga kerana model MIGHT diperakui oleh

negara lain, terutama negara membangun termasuk Mozambique, sebagai platform

usaha sama awam swasta yang berkesan dalam membangunkan industri teknologi

tinggi.

-- BERNAMA

ANM SD LAT

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.