Mudah Bawa!

Imation Bluetooth Mini Keyboard

Dimensi: 130 x 70 x 11 mm
Berat: 80 g
Bateri: Rechargeable Lithium battery 300 mA/H
Butang: 49

Nilai:  5/10
Ciri-ciri:  7/10
Prestasi:  8/10
Rekaan: 7/10
Penggunaan:  8/10

Hasil Ujian: Mahal namun senang dibawa ke mana-mana

Sebab Majalah Tech Sukakannya: Amat ringan

Skor: 7/10

Jika anda kerap meninggalkan cap jari pada skrin peranti sentuh anda atau sukar menaip pada permukaan di atasnya maka inilah masanya untuk menggunakan papan kekunci Bluetooth. Masalahnya papan kekunci selalunya besar dan susah dibawa namun Imation nampaknya telah memberikan jawapan dengan memperkenalkan kekunci Bluetooth yang kecil dan ringan.

Kecil

Memang amat kecil. Saiz kekunci ini adalah sama dengan telefon pintar biasa. Apabila dipegang menegak, ia seperti memegang telefon pintar 4.3" dari belakang. Disebabkannya, ia amat ringan dengan hanya seberat 80g. Dari satu segi, ia amat bagus kerana kekunci ini dapat disimpan dengan senang di dalam poket namun begitu tiada cengkaman pada bahagian belakang menjadikannya mudah tergelincir terutama ketika mahu menaip dengan cepat

Beroperasi dengan Senyap

Tak seperti kekunci biasa yang berbunyi 'tap tap' ketika digunankan, produk ini hanya berbunyi 'klik klik' sahaja oleh kerana kekunci getah yang digunakan. Walaupun ia kekunci penuh namun cara paling bagus menggunakannya adalah sama seperti menaip di telefon, menggunakan ibu jari. Cari tempat untuk letak telefon atau tablet anda dan pegang kekunci ini bagai anda pegang telefon ketika menaip. Ia amat senang dan selesa. Namun begitu kekunci arah tidak disertakan jadi butang Fn perlu ditekan untuk mendapatkan fungsinya. Ini menjadikan kedua-dua tangan berada di dalam keadaan yang agak tidak selesa.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.