Murah untuk 4.0 – Sony Xperia Neo L

Dimensi: 121 x 61.1 x 12.2 mm
Berat: 131.5g
Skrin: Skrin Sentuh kapasitif 4-inci dengan Mobile BRAVIA Engine
Prosessor: 1GHz Qualcomm MSM8255
Storan: MicroSD

Nilai: 9 /10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 7/10
Rekaan: 8/10
Penggunaan: 8/10

Quadrant: 1235

Hasil Ujian: Telefon yang boleh dimiliki, untuk semua
Jumlah keseluruhan: 8/10

Bagi pengguna, kebanyakan telefon pintar sekarang memberikan mereka fungsi dan ciri-ciri yang diperlukan oleh setiap orang pada telefon mereka. Maksud saya dengan beratus — ratus model berlainan di luar sana, ia pasti amat susah untuk memilih yang mana sesuai dengan diri kamu. Sony adalah salah satu pengeluar yang selalu mengeluarkan model yang kami selalu mahukan. Mungkin Neo L terbaru ini adalah apa yang kita tunggu?

Tampak Serupa

Reka bentuk telefon ini sekali imbas adalah macam telefon pintar Sony yang terdahulu, malah mengingatkan kami ke zaman Sony Ericsson yang lampau. Jika kamu pernah melihat Sony Ericsson Xperia Neo yang asal, kamu pasti akan perasan kesamaan mereka. Lengkung, bentuk telefon dan juga kedudukan butang (walaupun L sekarang mempunyai 4 butang dan bukan 3). Binaannya walaupun tidaklah yang terbaik, adalah menunjukkan ia telefon bagi kelas bawah. Dari apa yang ditawarkan dan juga kedudukannya di pasaran, ia satu telefon yang agak baik, walaupun ia boleh menjadi lebih baik.

Beberapa Tarikan

Ada beberapa benda yang baik dengan Neo L. Ia mempunyai skrin besar empat inci yang jauh berbeza dari telefon lain dalam kelas ini. Skrin ini diserasikan lagi dengan teknologi yang selalu dijumpai dalam model yang lebih mahal seperti enjin Mobile BRAVIA dan juga Reality Display. Satu lagi yang kami perlu sebut adalah ia telefon pertama Sony yang menyokong terus ICS. Ya, ICS sudah dimasukkan ke dalam model ini dan sedia digunakan sebaik saja dibeli. Ciri — ciri lain termasuk bateri boleh buka, slot memori tambahan (microSD) dan yang menariknya, kad sim bersaiz penuh.

Realiti

Yang mengecewakan mengenai telefon ini adalah berbanding dengan telefon lain yang sudah menggunakan dwi teras, ia masih menggunakan pemproses 1GHz satu teras. Ia cukup untuk melarikan aplikasi asas dan kerja seharian, tapi itu saja yang ia mampu. Kami melarikan ujian tanda aras yang biasa, Quadrant dan kami mendapat 1235 markah, yang agak di bawah purata telefon kelas pertengahan. Tapi ia masih akan menarik orang untuk membelinya, terutama mereka yang mencari sesuatu yang mampu dimiliki dan juga berskri