Advertisement

Murtabak Keju & Burger Kambing: Hidangan Istimewa Pasar Ramadan Sg Penchala


Di bulan puasa, terdapat pelbagai bazaar yang menjual aneka juadah sebagai sajian untuk iftar. Salah satu yang menjadi pilihan ramai adalah Pasar Ramadan Sg. Penchala.




Antara juadah yang disukai di bazaar ini adalah Murtabak Beratur. Setiap petang ramai pelanggan mengerumuni gerai ini untuk membeli murtabak. Doh roti canai diuli nipis, diisi dengan bawang, daging serta telur dan dimasak sehingga garing untuk membuat murtabak yang popular ini.


Jika anda bosan dengan murtabak yang biasa, kunjungilah gerai Murtabak Special Cheese untuk membeli murtabak yang berintikan keju.




Di pasar ramadan ini juga terdapat pelbagai hidangan kuih. Gerai Lot 196 menyediakan kuih apam yang lembut dan gebu. Ditabur dengan kelapa parut, kuih apam boleh dijadikan pencuci mulut ketika berbuka.



Kalau anda penggemar burger, Backyard Grill Burger menyajikan burger bakar kambing dan lembu. Dibuat daripada daging yang empuk dan mempunyai perisa tersendiri, burger disini sesuai untuk iftar.



Ketika anda pergi ke pasar ini, anda akan menghidu aroma yang menyelerakan dari gerai yang menjual kepak ayam Sabah. Kepak diperap dengan madu dan rempah dan dipanggang sehingga masak. Hidangan ini sangat lazat dan manis. Makan dengan kuah kicap yang diberi jika anda suka ia lebih pedas.



Untuk menghilangkan dahaga selepas berpuasa terdapat sebuah gerai di sini yang menyajikan jus buah segar. Antara jus yang perlu dicuba adalah jus mangga dan jus buah naga.

Pasar Ramadan Sungai Penchala mempunyai keluasan yang kecil tetapi pilihan juadah di sini amat menarik. Oleh itu, ia merupakan tempat yang sesuai untuk membeli sajian berbuka puasa anda. Datanglah awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.