Malaysia Elections 2013

NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SAINS DI BRISBANE AUSTRALIA

TERENGGANU, 16 Ogos (Bernama) -- Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu

(UMT), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo baru-baru ini telah diiktiraf oleh

Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa (IUGS) untuk menerima Anugerah Kecemerlangan

Sains dalam bidang Warisan Geologi. Anugerah tersebut telah disampaikan dalam

satu sesi khas sewaktu Kongres Antarabangsa Geologi yang berlansung di Brisbane,

Australia baru-baru ini.

Pengiktirafan ini diberikan kepada beliau di atas penglibatan dan sumbangan

besar dalam isu pengurusan geosains persekitaran. Antara penglibatan beliau

dalam usaha memperkembangkan lagi aspek geologi di Malaysia adalah seperti

memperkenalkan Langkawi sebagai Global Geopark pertama di Asia Tenggara.

Prof. Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Naib

Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum

dilantik menjadi Naib Canselor UMT bermula dari 14 April 2012. Sebagai seorang

ahli akademik yang berwibawa dalam bidang geologi khususnya beliau telah

melibatkan diri dalam pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara seperti

dilantik sebagai ahli biro dan pakar antarabangsa oleh Global Geopark Network

anjuran Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu (UNESCO), Naib Presiden (Asia), Pertubuhan Antarabangsa Geologi Asia

Pasifik dan Presiden Persatuan Geologi Malaysia.

Skop luas dalam bidang Geologi memberi peluang kepada beliau dalam berkomunikasi

dan menterjemah isu tersebut bagi tujuan pembentukan dasar-dasar awam dan

kesedaran orang ramai tentang kelestarian alam sekitar khususnya dalam bidang

kaji sains bumi ini.

Memetik daripada kata-kata Dr. Brian Marker daripada IUGS yang telah

memperkenalkan Prof. Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo di kalangan peserta Kongres

Antarabangsa Geologi berkata beliau merupakan seorang pemimpin yang dapat

memberi pelbagai impak dalam usaha persekitaran geo yang mempunyai hubungan

rapat dengan usaha pakar ekonomi, pakar ekologi dan juga penyampaian mesej

kepada orang ramai. Kepakaran beliau memberi input yang besar di dunia dalam

masalah seperti perubahan cuaca dunia serta cara terbaik untuk mendapat

persekitaran mapan.

“IUGS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau kerana penglibatan

beliau dalam perjumpaan yang diadakan ,” ucap Dr Brian Marker lagi.

Seramai lebih kurang 8,000 peserta telah menghaadiri Kongres Antarabangsa

Geologi kali ke 34 ini yang telah diadakan di Brisbane, Australia. Pengiktirafan

yang diadakan 4 tahun sekali ini menyaksikan Prof. Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo

sebagai wakil tunggal daripada Malaysia yang telah mengharumkan nama negara

dalam berkongsi kepakaran beliau dalam bidang Warisan Geologi ini.

Sekalung tahniah daripada warga UMT diucapkan kepada Naib Canselor UMT, Prof.

Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo diatas pengiktarafan antarabangsa ini.

SUMBER: Pejabat Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Terengganu

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:

NAMA : Adibah Hanim Abdul Rasid

Ketua, Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu

TEL : 09-668 4141

E-MEL : adibah@umt.edu.my

LAMAN WEB : www.umt.edu.my

NAMA : Zolarman Mohamad

Penolong Pendaftar, Pejabat Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Terengganu

TEL : 09-668 4361/4339

E-MEL : zolarman@umt.edu.my

LAMAN WEB : www.umt.edu.my

--BERNAMA

Loading...

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Utusan: Tiada iklan AirAsia sehingga Azran Osman Rani minta maaf The Malaysian Insider
    Utusan: Tiada iklan AirAsia sehingga Azran Osman Rani minta maaf

    KUALA LUMPUR, 19 Mei — Harga iklan syarikat penerbangan AirAsia lebih murah daripada iklan-iklan kecil yang lain, kata Awang Selamat dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini, serta menggesa ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, AirAsiaX, Azran Osman Rani, meminta maaf.

  • Putrajaya does not endorse but won’t block ‘buy Chinese last’ campaign, says minister The Malaysian Insider
    Putrajaya does not endorse but won’t block ‘buy Chinese last’ campaign, says minister

    KUALA LUMPUR, May 18 – Putrajaya does not approve a campaign to boycott Chinese businesses initiated by pro-Umno bloggers and backed by several Muslim groups, Datuk Hasan Malek said today but the new Domestic Trade, Cooperative and Consumerism minister added that he cannot block their right to do so.

  • Chinese business boycott will hurt Malay consumers, says ex-MIER director The Malaysian Insider
    Chinese business boycott will hurt Malay consumers, says ex-MIER director

    KUALA LUMPUR, May 20 — The call to boycott Chinese businesses is a double-edged weapon, former Malaysian Institute of Economic Research executive director Datuk Dr Ariff Abdul Kareem said today, explaining that the campaign would also end up hurting Malay consumers through deprivation of their daily needs.

  • Dua termasuk anggota polis cedera ditetak di balai polis Bernama

    SEGAMAT, 18 Mei (Bernama) -- Dua lelaki termasuk seorang anggota polisPasukan Gerakan Am Batalion Keenam, Bakri, Muar, cedera setelah diserang limalelaki bersenjata parang di kawasan Balai Polis Labis di sini hari ini.Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukaimi berkata dalam kejadiankira-kira pukul 11 pagi itu, anggota polis berkenaan mengalami kecederaan parahdi bahagian kepala, kaki kanan, dan anggota tubuh badan, manakala rakannya hanyamengalami cedera ringan. ...

  • Chinese businessmen say boycott on community’s products “racist”, will hurt economy The Malaysian Insider
    Chinese businessmen say boycott on community’s products “racist”, will hurt economy

    KUALA LUMPUR, May 19 ― The call by pro-Umno bloggers and Muslim groups for a boycott of Chinese businesses is racist and will harm the country’s economic growth, according to businessmen from the community.