Naib Presiden PKR terima ugutan simbah asid

Oleh Lisa J. Ariffin

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Naib Presiden PKR N. Surendran hari ini berkata dirinya telah menerima ancaman disimbah asid yang menurutnya adalah daripada ahli MIC.

Surendran berkaa, ancaman yang diterimanya melalui SMS itu pagi tadi adalah respon berhubung kenyataannya yang menentang komponen parti Barisan Nasional (BN) yang mana telah dilaporkan oleh akhbar Tamil baru-baru ini.

“Saya baru membuat laporan polis berhubung ancaman dalam SMS tersebut yang mana mereka mengancam akan menyimbah asid ke muka saya jika saya terus mengkritik MIC,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai  Polis Jalan Travers di sini.

“Kami memandang serius ancaman ini kerana ia dikaitkan dengan MIC dan mereka mempunyai rekod keganasan terhadap pembangkang,” tambahnya lagi.

SMS yang dihantar kepada Surendran pada jam 9.49 pagi itu berbunyi : “Deai suni jangan cabar mic. Deai punde lu buat lu punya kerja. Kalau lu kutuk mic lagi muka u simbah asid ok da suni (Jangan cabar MIC. Buat kerja sendiri. Jika terus kutuk MIC lagi muka simbah asid.)

MENYUSUL LAGI

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.