Najib akan umum terma RCI Sabah Sabtu depan

  • Suaram to IGP, Home Minister: Take responsibility over latest custodial death
    Suaram to IGP, Home Minister: Take responsibility over latest custodial death

    KUALA LUMPUR, May 23 — The national police chief and home minister should be held accountable for the latest death in police custody, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) said today when condemning the police for allegedly causing N. Dharmendran’s death.

  • Foreigners say got ICs through Project IC, court official tells RCI
    Foreigners say got ICs through Project IC, court official tells RCI

    KOTA KINABALU, May 23 — Foreign parents have said that they received blue ICs in Sabah through “Project IC” before applying for the late birth registration of their children, a court official told the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants here today.

  • Crackdown begins!
    Crackdown begins!

    KUALA LUMPUR, May 23 ― Batu MP Chua Tian Chang, activist Haris Ibrahim and PAS’s Tamrin Ghafar were arrested for sedition today and brought to the Jinjang police station for questioning, according to reports.

  • In protest, family to take police custody victim’s remains to KL police Hq
    In protest, family to take police custody victim’s remains to KL police Hq

    KUALA LUMPUR, May 23 — The grieving family of N. Dharmendran, the latest person to die in police custody, will carry his body to the Kuala Lumpur police headquarters to perform prayers there, in a symbolic gesture of protest against an incident that has drawn condemnation from opposition politicians and rights groups.

  • Harakah seized as nationwide crackdown begins
    Harakah seized as nationwide crackdown begins

    KUALA LUMPUR, May 23 — Over 1,000 copies of PAS-owned Malay newspaper Harakah were carted off by Home Ministry officials from shops and several distribution centres in a nationwide raid today, as Putrajaya mounts an apparent crackdown against Pakatan Rakyat (PR) supporters.

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 3 Ogos ― Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan terma-terma rujukan bagi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas masalah pendatang haram di Sabah pada Sabtu hadapan.

Pegumuman Najib itu akan akhirnya meletakkan titik noktah kepada penantian selama enam bulan mengenai isu tersebut.

PM mengesahkan hari ini bahawa terma dan syarat untuk suruhanjaya tersebut akan diumumkan apabila bermesyuarat dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah.

"Saya akan umumkan pada 11 Ogos," katanya kepada wartawan apabila ditanya bila tarikhnya.

"Saya telah berjumpa dengan beberapa pemimpin BN Sabah dan akan bertemu lagi pada 11 haribulan," katanya.

Lawatan PM ke Malaysia Timur itu kebetulan sama dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada keesokkan harinya.

Najib telah mengumumkan RCI Sabah yang telah lama dinantikan pada 1 Jun lalu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut mengenai ahli panel serta terma dan syarat.

Isu ini telah mula bermain di media semenjak 10 Febuari apabila pemimpin BN Sabah, Tan Sri Bernard Dompok mengumumkan keputusan kabinet untuk menubuhkan RCI.

Masalah pendatang haram di Sabah telah menjadi masalah tertangguh di negeri yang dikuasai BN itu dan sentiasa dijadikan sebab berlakunya masalah sosial, ekonomi dan keselamatan bagi penduduk tempatan.

Menurut jawapan parlimen tahun lalu, populasi Sabah berjumlah 651,304 pada 1970 bertambah ke 929,299 sedekad selepas itu.

Mengikut laporan media, pada 2010, jumlah telah meningkat ke 3.12 juta, dengan orang asing sebanyak 889,799 at 27 peratus daripada populasi.

Pemimpin pembangkang telah lama menyalahkan kerajaan BN kerana peningkatan populasi, dengan menuduh pendatang haram diberikan MyKad dan hak mengundi bagi memastikan BN terus berkuasa.

Isu ini telah menjadi sebab utama mengapa dua pemimpin senior BN, ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfres Mojilip Bumburing dan ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan gabungan tersebut.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.