Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani

    Oleh Syed Mu’az Syed Putra

    KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

    Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

    “Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

    “Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

    Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

    “Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

    “Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

    Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

    Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

    “Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

    “Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

    How do you feel about this article?

     

    23 comments

    • shiver  •  3 months ago
      Really don't understand..what is the problem of attending thaipusam celebration..He is the PM of Malaysia..If you want the ppl to accept the concept of 1Malaysia, you yourselves shld be neutral..if you can't be neutral, don't brag about 1Malaysia. At least, in this case, we shldn't pick on him.
    • john  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      nik ajis p rasmikan tokong terbesar xpula runtuh akidah ye...walaweii gonjol la puak pas nih..
    • SAMUEL DAGGA  •  3 months ago
      PM yang satu inilah terbaik pernah ada d Malaysia
    • nor  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      dgr radio pagi tadi beliau berada di johor bahru mlm tadi meraikan perayaan dan perarakan cingei..beliau mungkin terlepas pandang..maafkan ajelah ye..
    • Fz Ian  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      SEPATUTNYA ULAMA UMNO YANG TEGUR....MUNGKIN LEBIH BERKESAN DARI ULAMA YANG LAIN....
      • adam 3 months ago
        Bila kucing tiada gigi, tikus mula menari-nari.........
      • apit 3 months ago
        aku suka statement kau adam hahaha
      • Zaid 3 months ago
        Ulama UMNO boleh tegur dan nasihat sebenarnya. Tetapi masaalah nya, sebelum nasihat, mereka kena tanya boss dahulu samaada nak difatwakan haram, harus atau halal.Kalau boss nak suroh jadikan halal atas benda yang haram, mereka sanggup juga untuk berbuat demikian, dengan mencari nas2,hadis2,ayat alkuraan dan pandangan2 ulama lain yang boleh menyokong kehendak tersebut. Kalau mereka menfatwakan sesuatu yang tidak selari dengan kehendak boss.... hilang pula jawatan atau habuan2 lain. Itu yang menjadi masaalah nya kepada ulama UMNO.
    • Suhaini  •  3 months ago
      Alahai mufti...memanglah itu perayaan keagamaan....sebagai ketua,tentulah ada jemputan dari pihak India pada PM. Takkan PM nak tolak kot? Dulu masa Tun M memang dia tak pergi sebab Samy Velly dah ada tapi apa kata masyarakat India? Dia kata PM samgat sombong.... Adakah niat Najib nak sembah berhala bila pergi ke kuil Batu Caves???? Tentulah tidak...samalah Nik Aziz rasmikan tokong di Kelantan...tentulah Nik Aziz tiada niat nak gadai akidah.... Maaf lah Mufti Perak....walaupun aku tak setaraf mufti,tapi aku boleh fikir....
      • Austin 3 months ago
        ko tu agama tinggi sgt ke bodoh....mmg la ko bleh pikir tapi masalahnya pengetahuan ko pasal agama tu tak seberapa pun so x payah la nak memandai ckp kat mufti mcm tu...mufti dia ulama pegetahuan dia dlm pasal bab2 agama ni mmg dia arif...mmg ko ni bangang...klau dah hukum dlm Islam tu x bleh x bleh la x payah la ckp bleh plak....apa yg mufti tu ckp semua berpandukan Al-Quran yg diturunkan oleh Allah.....bodoh betul la ko ni SUHAINI oii...!!!!
      • Azril 3 months ago
        mufti dan ulama pewaris nabi.... Suhaini cetek agama,, kena solat taubat
      • adam 3 months ago
        3 perkara jangan ditinggalkan dlm menuntut ilmu fardu...FEKAH, USUL, TASAUF... pendapat suhaini boleh diterima.. jika tauhid pelaku itu tiada menyekutukan Allah...
    • MaryamJameela  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Apa yg harussasni ckp dari segi hukum itu adalah betul.. Namun sebagaimana islam itu yg bermaksud "selamat", maka cara menegur dlm akhbar oleh beliau adalah bukan islamik.. itu yg buat org india dan melayu marah kerana teguran itu bukan mendidik tapi menghukum... Teguran yg baik dn secara islam ialah memberitahu dgn hormat selari dgn kedudukan perdana menteri samada melalui surat atau perjumpaan dgn penasihat ugama beliau. penasihat ugama Jamil Khir pun x kan jawab apa yg harussani kata dlm akhbar kerana ia x islamik, ia akn jawab secara personal dan x menjatuhkan maruah sesapa maupun maruah harussani sendiri sebagai org yg dihormati. To harussani.. tima kasih kerana menegur.
    • Mat Tak Rempit  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Ulama muda UMNO takkan diam aje...ini soal akidah beb...takkan dah dapat jawatan tak berani nak tegur PM...
    • apit  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      harap xda india komen lg dlm ruangan ni..xpaham2 jgk walaupn puas diterangkan
    • Andreww Alexsam  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      lol....apa salahnya sambut ...kan kita 1 malaysia..saya bukan sokong BN..perkara mcm nie apa lah salahnya...
    • PIYU  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Sudah sampai masanya baik parti kerajaan atau pembangkang mengemukakan calon perdana menteri yang boleh di terima oleh semua lapisan masyarakat.
      • john 3 months ago
        xknk nuar gay plak yob..matang la sikit..kta di malaysia pelbagai kaum & agama...
    • Mz Raspberry  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      klu xleh sambut mane2 perayaan keagamaan, habis tue knapa mase dia gi rumah terbuka deepavali, cny suma x de org kisah? lgpun die bukan nyer sembah sape2.. aduh! konsep 1malaysia btul2 dipraktikan di negara kita..bangga seh..
    • Nana  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      niekn ulama yg tegur utk kebaikkan..npe kta perlu persoalkn?utk kebaikkn ugama kta kna terima ape sje kritikkn @ teguran spya x tsasar dri landasan yg spatutnya..x slahkn..
    • Fauzi don Don  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Itu yg di katakan Yang Berhormat Datuk Haji Najib dan Datin Seri Hajjah Rosmah Mansur.
    • Mat Tak Rempit  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Aku pun tak faham. Bagaimana PM boleh celebrate thaipusam kat batu caves. Dia ada menteri yg jaga agama, timbalan menteri yg jaga agama dan ada penasihat agama lagi..tapi undi punya pasal semua jadi boleh. Malanglah kita ada PM mcm ni.
      • john 3 months ago
        mcm bodoh plak komen ko bro...kita dok malaysia bro..negara yg berbilang kaum & agama...dah jadi PM smua kena layan bro..bknnye PM kita masuk agama hindu...pakai akal la kalau nk komen..baghal nk mampus
      • Pak Yop Pejuang Rakyat Ma ... 3 months ago
        John... aku tak pasti ko ni islam atau tidak tapi kalau ko seorang Islam pastu buat komen camni kira dasyat betul la ko tahap kejahilan ko dalam ilmu agama islam ni...
      • Zaid 3 months ago
        Yang halal tetap halal, yang haram tetap haram, tidak kira awak ni siapa. Contuh: minum arak itu hukum nya haram, maka haram lah ia tidak kira dimana tempat atau siapa yang meminum nya. Si PM kita tu pula apa hal yang kena pegi sambut taipusam kat Batu Cave tu? hingga tengelam laki bini dalam bunga kuning macam patong2 ugama hindu. PM2 sebelum ni tidak pernah pun berbuat demikian. Tak percaya, tanya lah bekas PM Tun Dr. M.
    • haris  •  3 months ago
      dulu pernah kluar crita pm kita dimandikan susu oleh sami yang dibawa khas dari india setiap bulan bila bulan penoh, takkan mufti dan ahli umno tak tau,
    • amir  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Islam hanya pada nama, demi kepentingan politik habis semua tergadai.
    • Juraini  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Sokong 1000% teguran dari Mufti Perak tu..janganlah nak undi kuam India..kita lebih sudu dari kuah..PM yang disayangi..kalau nak selamat dalam politik..dengar dengarlah cakap alim ulama..sebutir perkataaan yang keluar dari mulut mereka..besarrrr pengaruhnya.aku sayangkan AGAMAKU dan UMNO.
    • Yahoo!  •  3 months ago
      PM macam ni contoh yg tak baik kpd umat Islam di Malaysia. Tidak tahu menjaga sensitivity bakal pengundi Islam. Apabila tidak tahu menjaga batas-batas akidah sememangny tak layak menjadi pemimpin bagi orang Melayu Islam. Akibat terlalu terdesak undi org Hindu sanggup menggadai maruah dan aqidah, menjadi contoh tidak baik kepada generasi Islam. Sama seperti Anuar Ibrahim yg menyokong yahudi. Tak ada beza langsung. antara mereka berdua ni.
    • Fauzee.AMD  •  3 months ago
      DAH MCM SAI BABA PULAK AKU TGK PM KITE NIE SKRG.......ADUHAI APA NAK JADI DAH SKRG NIE......

    Most Popular

    • Anwar claims symbolic win after former prosecutor joins legal team
      Anwar claims symbolic win after former prosecutor joins legal team

      KUALA LUMPUR, May 22 — Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim claimed a symbolic victory today in having the man who unsuccessfully prosecuted him for sodomy join his legal team to defend an illegal assembly charge, pointing out that someone who was in government did not want to be a part of what he called the “dirtiness”.

    • Manji: Allah made gays and lesbians, too
      Manji: Allah made gays and lesbians, too

      INTERVIEW Unapologetic for her defence of the gay and lesbian lifestyle, controversial liberal-Islam author Irshad Manji has challenged critics to explain how Allah in all His glory could have made “misfits or abominations”.                

    • To cut costs, MAS offers staff 2 years’ unpaid leave

      By Jahabar SadiqEditor KUALA LUMPUR, May 22 — Malaysia Airlines (MAS) has offered a maximum of two years of unpaid leave to its Malaysia-based employees as the flag carrier works out strategies to cut costs and seek RM6 billion to fund a re-fleeting programme after losing RM2.52 billion last year and aborting a share swap with competitor AirAsia.

    POLL
    Loading...
    Poll Choice Options