Malaysia Elections 2013

NAJIB TUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID NEGARA

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun

Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menunaikan solat sunat

Aidilfitri di Masjid Negara bersama kira-kira 15,000 umat Islam pelbagai bangsa

sama ada rakyat Malaysia ataupun mereka yang bekerja di sini.

Najib yang berbaju Melayu merah jambu diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan

Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Solat sunat hari ini diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Sheikh

Ismail Muhammad dan khutbahnya disampaikan oleh Jamil Khir.

Najib dan para pemimpin negara yang lain kemudian menziarahi pusara Perdana

Menteri Malaysia kedua iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang juga

ayahanda kepada Najib.

-- BERNAMA

SLR RV ROS

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

Loading...