Malaysia Elections 2013

NGO SAMBUT MAULIDUR RASUL DI P.PINANG

BUKIT MERTAJAM, 16 Jan (Bernama) -- Badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan

menganjurkan ''Gerak Himpunan Ummah'' sempena sambutan Maulidur Rasul di

perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda di sini Khamis

minggu depan.

Pengerusi penganjurnya Ahmad Lutfi Ibrahim berkata sebanyak 70 NGO Islam

akan menyertainya yang dijangka dihadiri antara 10,000 hingga 15,000

orang.

Program bermula pukul 7.30 pagi yang disertai perarakan sambil berselawat

bermula dari padang Politeknik Seberang Perai hingga di masjid tersebut.

Beliau berkata forum perdana akan turut diadakan di masjid berkenaan.

-- BERNAMA

EIY NAW HM

Loading...

MORE ELECTION STORIES

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.