
30 Jul – Bermula dari 28 Julai, iaitu hari Sabtu yang lepas, Night Markets @ Jaya One dibuka dari jam 6 petang di Lower Palm Square (berhampiran Old Town) di Jaya One yang terletak di Seksyen 13, Jalan Universiti.
Dipetik dari laporan News Straits Times, pasar ini menawarkan barangan-barangan bersempena dengan Ramadan seperti pakaian, aksesori, kuih-muih dan pelbagai lagi.
Antara jenama yang boleh ditemui adalah Vintage Biri-biri, iaitu penjual online yang menjual pakaian dan aksesori bergaya vintaj dengan harga yang berpatutan; ChifChaff yang menjual aksesori eksotik yang dipilih pengembara dari serata dunia; dan Momage Art yang menjual barangan seni buatan tangan.
Barangan lain yang boleh didapati adalah seperti Crumbs, iaitu jenama manisan yang terkenal dengan makaroonnya; Deeper Than Fashion yang kebanyakan aksesorinya direka oleh pereka fesyen Harmini Asokumar; Wolfgang KL, sebuah jenama fesyen tempatan dengan koleksi eksklusif pakaian yang diilhamkan dari muzik, fesyen dan budaya; dan juga Winkstick, sebuah jenama pakaian yang direka khas untuk majlis istimewa.
Demi menjaga alam sekitar, pembeli digalakkan untuk membawa beg membeli-belah sendiri kerana pasar tersebut tidak membekalkan beg plastik.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web www.jayaone.com.my dan www.markets.my
