Nipis menjadi konsep baru untuk Acer

Acer Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran perkomputeran generasi baru yang lengkap dengan pelbagai barisan produk menggunakan Windows 8, diterajui oleh Acer Aspire S7 yang menakjubkan dan amat dinanti-nantikan kemunculannya - Ultrabook nipis yang ringan dan kukuh, bersama keluaran siri tablet ICONIA W dan komputer siri Aspire U semua dalam satu (All-in-One) atau AIO.

“Acer Malaysia amat teruja mengumumkan ketibaan Acer Aspire S7 yang amat dinanti-nantikan kemunculannya di Malaysia,” kata Ricky Tan, Pengurus Besar Acer Sales & Services Sdn. Bhd. “Sejak kemunculannya julung kali pada awal tahun ini di Computex 2012 Taipei, Acer Aspire S7 telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia sebagai Ultrabook yang nipis dengan kebolehan sesentuh. Di Acer, kami amat berdedikasi terhadap penerokaan di luar had untuk mereka-bentuk dan mencipta alatan terbaru dalam siri penerokaan pengkomputeran moden untuk generasi hadapan yang lebih memuaskan.”

Ultrabook Acer Aspire Siri S7 terdapat dalam dua saiz: 13.3 inci dan 11.6 inci. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri skrin sesentuh HD Penuh atau Full HD (1920 X 1080), papan kekunci berlatar nyalaan elektro yang menawarkan penataan cahaya lebih lembut berbanding papan kekunci latar LED, kuasa pengaktifan automatik dan berkebolehan penyesuaian kecerahan berasaskan penataan cahaya suram. Inovasi terkini sistem udara dwi-penyejukan (paten menunggu) berkebolehan memanjangkan kuasa penyimpanan bateri dan menjadikan S7 amat selesa digunakan.

Acer ICONIA Tab W510 10.1 inci pula menawarkan tiga mod pelbagai guna; membolehkan penciptaan kandungan dan penggunaan dalam tablet, sama ada dalam mod produktiviti atau mod persembahan. Ia boleh disambungkan dengan papan kekunci berasingan dan anda boleh menaip dengan papan kekunci bersaiz penuh bagi penciptaan kandungan (mod produktiviti) dan boleh bertukar 295 darjah untuk melihat persembahan atau video (mod persembahan). W510 ini boleh bertahan di antara 9-18 jam apabila disambungkan kepada dok papan kekunci boleh tanggal yang menjadi bateri kedua. Untuk kuasa di dalam sebuah tablet, Acer ICONIA Tab W700 11.6 inci adalah satu-satunya tablet yang menggunakan teras pemprosesan Intel Core di pasaran, meletakkan kuasa yang luar biasa, skrin penuh HD dan produktiviti segera di hujung jari pengguna. 10-titik kawalan sentuh, tablet ini ultra responsif dan fleksibel. Terima kasih kepada dok pelbagai kedudukan yang membolehkan ia diletakkan pada kedudukan yang sempurna untuk mod landskap atau potret untuk kemudahan melayari, perkongsian, kawalan, dan produktiviti papan kekunci.