Nizar disiasat di bawah Akta Hasutan isu bidaan no plat Sultan Johor

  • Dr M: BN will support Najib due to lack of alternative
    Dr M: BN will support Najib due to lack of alternative

    KUALA LUMPUR, May 26 — Barisan Nasional (BN) has no choice but to throw its weight behind Datuk Seri Najib Razak, who will likely survive his second term as prime minister due to a lack of alternative, Tun Dr Mahathir Mohamad has said.

  • Pakatan seeks 500,000 volunteers for anti-EC action
    Pakatan seeks 500,000 volunteers for anti-EC action

    PETALING JAYA, May 26 — Pakatan Rakyat (PR) wants to sign up some 500,000 volunteers to protest at the Election Commission (EC) offices until the members resign in favour of replacements who report directly to parliament.

  • Election commissioners should quit over indelible ink fiasco, rally told
    Election commissioners should quit over indelible ink fiasco, rally told

    Bersih co-chair Datuk Ambiga Sreenevasan and PKR strategy chief Rafizl Ramli led the calls for the entire EC to step down after complaints about the  indelible ink, introduced in Election 2013 to prevent double voting, could be easily washed off.

  • Anwar blames BN for collapse of peace treaty with Najib
    Anwar blames BN for collapse of peace treaty with Najib

    PETALING JAYA, May 25 — Datuk Seri Anwar Ibrahim today accused Barisan Nasional (BN) of breaching several agreed points in an April peace deal brokered by former Indonesian vice-president Jusuf Kalla between him and Datuk Seri Najib Razak (pic).

  • Najib: Broken peace deal shows Anwar lacking in principle
    Najib: Broken peace deal shows Anwar lacking in principle

    PUTRAJAYA, May 25 — Datuk Seri Najib Razak appeared tonight to label his arch-rival Datuk Seri Anwar Ibrahim unprincipled for allegedly failing to keep his end of an agreement to accept the results of Election 2013 without contest.

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dipercayai disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan terhadap Sultan Johor berhubung isu bidaan no plat berpendaftaran WWW 1.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif telah mengesahkan perkara itu, dan berkata satu pasukan siasatan telah dilantik bagi tujuan itu.

Dipetik The Star Online, beliau berkata “kami akan menyiasat perkara itu dengan telus dan professional. Biar kami jalankan tugas kami tanpa sebarang tekanan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan untuk kedua-dua belah pihak.”

Nizar (gambar) didakwa telah mengkritik Sultan Johor ekoran bidaan tertinggi no plat tersebut di laman Twitter miliknya.

Beliau telah menyatakan RM520,000 yang dibelanjakan untuk bidaan tersebut lebih baik digunakan untuk membantu rakyat Johor yang masih miskin.

Kenyataan beliau itu ternyata telah mengundang kecaman dan kritikan daripada pelbagai pihak dan menuntutnya mengemukakan permohoan maaf kepada kerabat diraja tersebut.

Ketua Penerangan Umno Johor Datuk Samsol Bari Jamali juga turut menyelar Nizar dan mendakwa beliau perlu menjalankan siasatan sebelum membuat tuduhan melulu.

Beliau mendakwa, kerabat diraja Johor selama ini telah pun memberikan bantuan kepada rakyat melalui Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut membalas kenyataan Nizar melalui laman Twitter miliknya bahawa kerabat diraja Johor tidak menggunakan wang daripada kerajaan.

“Duit yang diperuntukkan untuk ayahanda saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota diletakkan di dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Tujuan yayasan ini adalah untuk membantu rakyat dan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau turut menegaskan, beliau juga tidak pernah mengambil sesen pun daripada dana kerajaan itu, malah memberi amaran dengan berkata, ”sila buat kajian sebelum membuka mulut.”

Sultan Johor telah memenangi bidaan no plat WWW 1 dengan nilai RM520,000 menewaskan 9,998 bidaan yang lain, seperti yang dipaparkan di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di www.jpj.gov.my, semalam.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.