Pakatan akan guna tiga tema Merdeka berlainan

Oleh Mohd Farhan Darwis

PETALING JAYA, 7 Ogos — Negeri di bawah Pakatan Rakyat akan menggunakan tiga tema Hari Kemerdekaan berasingan dengan Kedah dan Kelantan mempunyai sendiri.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (foto fail) ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha PR hari ini.

“Kedah dan Kelantan sudah menetapkan tema mereka sendiri yang diputuskan melalui exco,” katanya kepada pemberita.

“Oleh kerana mereka pilih logo dan tema lebih awal, kita putuskan mereka teruskan mengikut pilihan mereka.”

Menurut Mustafa lagi, tema “Sebangsa, Sejiwa, Senegara” akan digunakan di negeri-negeri pimpinan PR seperti Selangor dan Pulau Pinang, manakala Kedah dan Kelantan mempunyai tema sendiri iaitu masing-masing — “55 Tahun Kemerdekaan Menerajui Perubahan”, dan “Terus Berbakti”.

“Dua minggu lepas kita telah berbincang berkenaan logo ini,” kata Mustafa lagi.

Sehubungan itu, PR akan melancarkan logo dan tema Hari Kemerdekaan mereka pada Khamis ini, bagaimanapun, lagunya jelas beliau masih lagi di peringkat pembikinan.

Tema Kemerdekaan ke-55 tahun kali ini tidak diterima PR kerana menurut mereka ia bersifat partisan dan tema kemerdekaan berkenaan milik Umno-Barisan Nasional (BN) apabila menggunakan “Janji Ditepati” sebagai tema.

Program Jelajah Janji Ditepati merupakan program politik anjuran BN yang berkonsepkan seperti pameran yang digunakan secara meluas ke seluruh negara meraih undi untuk BN dengan pilihan raya yang semakin hampir.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.