Pakatan tuntut menteri kewangan sepenuh masa semasa krisis ekonomi global

  • Bar suggests new laws to give MACC more power
    Bar suggests new laws to give MACC more power

    KUALA LUMPUR, May 23 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) should be given more power to fight graft with the introduction of new legislation, the Malaysian Bar has said.

  • Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang
    Tian Chua, Haris, Tamrin to be detained overnight at Jinjang

    KUALA LUMPUR, May 23 — Pakatan Rakyat (PR) lawmakers Chua Tian Chang and Tamrin Ghafar, and political activist Haris Ibrahim, have been arrested for sedition and will be held overnight at the police lockup in Jinjang today.

  • May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM
    May 25 rally to proceed despite arrests, vows SAMM

    The 'People's Gathering' in front of the Amcorp Mall field in Petaling Jaya on Saturday will go ahead despite the police arresting several leaders of opposition political parties and non-governmental organisations today.

  • Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins
    Opposition party papers seized as nationwide crackdown begins

    KUALA LUMPUR, May 23 — Over a thousand copies of PAS-owned Malay newspaper Harakah as well as DAP-owned The Rocket and PKR’s Suara Keadilan were carted off by home ministry officials from shops and several distribution centres in a nationwide raid today, as Putrajaya mounts an apparent crackdown against Pakatan Rakyat (PR) supporters.

  • Police to take action against group who disrupted candlelight vigil
    Police to take action against group who disrupted candlelight vigil

    GEORGE TOWN, May 23 — Police will take action against the group of men who disrupted a candlelight vigil in Esplanade last night that resulted in a scuffle, injuring a reporter and an activist.

Oleh Nomy Nozwir

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Pakatan Rakyat (PR) mahu menteri kewangan sepenuh masa bagi mengemudi ekonomi dalam menangani krisis global yang bakal menimpa.

Menurut kenyataan yang dihantar ke The Malaysian Insider hari ini, Majlis Setiausaha PR berkata, mereka menyeru agar Perdana Menteri Najib Tun Razak melepaskan portfolio kewangan kerana ia merupakan sebahagian yang penting dalam sistem Westminster untuk mempunyai seorang CEO, dan jawatan CFO yang dipegang oleh orang lain bagi bertindak sebagai “check-and-balance”.

"Keperluan seorang menteri kewangan sepenuh masa lebih penting dalam menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

"Walaupun ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus dalam suku kedua, eksport bersih menurun sebanyak 36.2 peratus akibat krisis global yang bakal menimpa. Ketidaktentuan krisis global mampu memberi kesan buruk kepada pertumbuhan.

"Pertumbuhan dalam suku kedua terutamanya adalah disebabkan oleh pertumbuhan sebanyak 13.8 peratus dalam permintaan domestik, yang didorong oleh projek-projek pembinaan awam yang besar serta pemberian tunai oleh kerajaan.

“Ini berpotensi mengakibatkan defisit yang lebih mendalam.

"Walaupun ekonomi mengalami pertumbuhan, rakyat biasa Malaysia masih mengalami kenaikan dalam kos sara hidup, yang dicetuskan oleh inflasi luaran dan juga penswastaan perkhidmatan penting, terutamanya dalam pendidikan, kesihatan, dan sektor-sektor utiliti.

"Duti eksais untuk kereta yang tinggi serta kekurangan pengangkutan awam turut menyumbang kepada kos sara hidup yang tinggi.

“Hutang isi rumah Malaysia berada pada RM540.5 bilion, yang merupakan kedua tertinggi di Asia, dijangka terus meningkat.

“Cabaran-cabaran ini jikalau tidak ditangani, akan memberikan impak terhadap situasi jenayah serta perpaduan sosial secara keseluruhan," menurut kenyataan media tersebut.

Kata mereka lagi,  kerajaan tidak mampu mengambil tindakan berkenaan keperluan perumahan golongan muda oleh sebab kekurangan kesungguhan politik dalam menangani isu harga rumah yang tinggi.

Kelembapan harga minyak sawit mentah serta getah, menurut mereka, mempunyai implikasi yang serius untuk kesejahteraan rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar dan kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV) merupakan satu petunjuk keadaan buruk.

Harga IPO FGV ialah RM4.60 manakala harga institusinya ialah RM4.80. Ia menutup pada harga RM4.68 semalam.

"Sebagaimana yang telah kita tegaskan, jawatan perdana menteri and menteri kewangan mesti dipegang oleh orang yang berlainan bagi memastikan akauntabiliti dalam pengendalian dana negara.

"Ini lebih penting memandangkan krisis global yang bakal menimpa mempunyai impak yang besar atas ekonomi Malaysia dan rakyat Malaysia.

“Perdana menteri, dalam menangani hal ehwal negara, mestilah melantik seorang menteri kewangan sepenuh masa dengan segera untuk memberi tumpuan terhadap ekonomi," kata mereka lagi.

Amalan perdana menteri memegang portfolio kewangan serentak bermula pada tahun 1998 apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir memecat Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada kabinet.

Dr Mahathir turut memegang jawatan tersebut  bagi kali kedua sehingga persaraannya pada Oktober 2003, selepas Tun Daim Zainuddin meninggalkan kabinet pada Jun 2001.

Tun Abdullah Badawi pun meneruskan amalan ini sehingga September 2008 apabila dia dipaksa menyerahkan portfolio kewangan kepada Najib.

Najib telah memegang portfolio kewangan serentak sejak pengambil alihannya sebagai perdana menteri pada April 2009.

Loading...

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.