KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pameran Petrosains Dinotrek 2 di Muzium
Petroleum Miri, yang ditutup buat sementara waktu pada 6 Sept lepas atas
sebab-sebab keselamatan, akan dibuka semula kepada umum esok.
Menurut kenyataan Petrosains Sdn Bhd, sepasukan jurutera dari Kuala Lumpur
dikerah memeriksa dan menjalankan kerja pembaikan selepas venue pameran banjir
akibat hujan lebat pada 5 Sept lepas.
-- BERNAMA
SYASA AKT SBB

