Papan Kekunci Mudah Guna untuk iPad

Logitech Tablet Keyboard

Dimensi: 288 x 130 x 16 mm
Bateri: Empat bateri AAA

Nilai: 6/10
Ciri-ciri: 8/10
Prestasi: 8/10
Rekaan: 7/10

Penggunaan: 7/10

Hasil Ujian: Papan kekunci Bluetooth untuk  iOS dengan penghadang yang kukuh
Sebab Majalah Tech Sukakannya: Kekunci iOS!

Skor: 7.2/10

Walaupun boleh menaip secara terus pada iPad, bagi kebanyakan orang komputer riba adalah pilihan jika mahu menaip kerja. Ia adalah kerana papan kekunci yang fizikal masih lagi bagus berbanding papan kekunci maya. Untuk keperluan ini, kita boleh gunakan Logitect Tablet Keyboard untuk iPad. Seperti papan kekunci Bluetooth putih dari Apple, kekunci Logitech ini adalah satu peranti Bluetooth yang secara teknikal boleh juga digunakan pada mana-mana komputer.

Banyak guna bateri

Pada mula-mula kami rasakan ia agak bagus, namun begitu setelah memegangnya, kami terpaksa katakan ia agak berat dan tidak sesuai untuk dibawa ke merata tempat. Dari segi rekaannya, ia kelihatan agak ranggi dengan warna hitam yang bersesuaian dengan rekaan Apple yang ringkas. Kekunci ini menggunakan kuasa bateri dan ia menggunakan bukan dua, bukan tiga, tapi empat bateri AAA. Ini mungkin akan menyusahkan pengguna yang menggunakan bateri boleh cas kerana masa yang diambil untuk mengecas kembali bateri agak lama dan tiada kabel untuk mengecas bateri terus pada kekunci ini.

Butang iOS

Kami rasakan menaip dengan kekunci Logitech ini amat selesa dan kekuncinya amat responsif. Ia dapat mengesan taipan yang laju dengan agak bagus. Malah kami menaip artikel ini dengan menggunakan kekunci yang sama! Kekuncinya tidak terlampau kecil da nada banyak ruang di antaranya. Selain dari itu ia ada satu set butang spesifik bagi iOS yang membolehkan pengguna untuk menutup aplikasi atau menidur/membuka peranti iOS mereka. Alangkah bagus jika ia membenarkan kami melungsur Homescreen menggunakan butang arah. Ada juga bekas bagi papan kekunci ini yang boleh digunakan bagi meletakkan iPad anda di atas meja.

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.