Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar percaya kerajaan BN memberi tekanan politik ke atas Bank Islam untuk mengenakan tindakan penggantungan kerja ke atas ketua ekonomis bank tersebut, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.
Beliau mengesyaki bahawa tekanan politik itu dibuat menerusi Lembaga Urusan Tabung Haji yang merupakan antara pemegang saham Bank Islam.
"Saya percaya (arahan) itu terus dari kerajaan. Saya tak fikir Bank Islam akan ambil tindakan sebodoh itu kerana ia akan memberi kesan ke atas kepercayaan org ramai kepada Bank Islam," katanya.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS pagi ini, MP Pokok Sena itu berkata sebuah institusi kewangan pastinya tidak akan bertindak demikian terhadap ahli ekonominya.
Katanya, Azrul mengeluarkan analisis bersifat profesional demi kepentingan bank itu.
Azrul sendiri ketika mengulas mengenai tindakan penggantungan kerja itu semalam mendakwa ketuanya kini menerima tekanan daripada "pemimpin atasan BN".
[Berita penuh menyusul]

