PC.com bekerjasama dengan Yahoo Malaysia

PC.com, sebuah majalah IT berbahasa inggeris tempatan yang diterbitkan oleh Reach Publishing Sdn Bhd (yang juga menerbitkan Majalah Tech) telah memasuki satu perkongsian kandungan dengan Yahoo Malaysia, syarikat pencarian global untuk berkongsi berita dan juga bahan-bahan lain yang terdapat di laman web PC.com — www.liveatpc.com.

Berita yang diterbitkan oleh PC.com akan muncul di laman 'News' di http://my.news.yahoo.com/tech dimana berita-berita teknologi dari seluruh dunia boleh dibaca. PC.com mempunyai 'tab'-nya sendiri dan kandungan-kandungan seperti berita, rebiu dan sebagainya akan di-muatnaik ke laman web Yahoo setiap hari untuk tatapan pembaca.

Selain daripada artikel-artikel biasa, video-video yang telah dirakamkan oleh PC.com juga akan dimuatkan di laman web ini untuk tatapan pembaca laman web Yahoo Malaysia.

Kandungan ini akan dikemas-kini setiap hari dengan kandungan eksklusif hanya untuk laman web ini dan juga berita daripada laman web PC.com.

PC.com dan Yahoo Malaysia kini juga berada di Twitter, @pcdotcom dan @yahoo_MY.

PC.com dan Yahoo Malaysia bekerjasama

How do you feel about this article?

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.